Pesanan daripada Shohib ar-Ratib, Quthub al-Irsyad wa Ghauth al-'Ibad wa al-Bilad, al-Imam Abdullah bin 'Alawi al-Haddad.
"Saya berwasiat kepada anda agar memelihara EMPAT perkara pokok, memahaminya dengan benar dan melaksanakannya dengan konsisten. Di atas empat perkara ini segala seseuatu bermuara".
PERTAMA : memelihara kewajipan-kewajipan batin dan zahir. Kewajipan batin contohnya ikhlas dan pemusatan niat serta maksud semata-mata kepada Allah. Kewajipan zahir contohnya bersolat.
KEDUA : meninggalkan maksiat batin dan zahir. Maksiat batin misalnya mengikuti hawa nafsu. Maksiat zahir contohnya bersaing dan berlumba-lumba dengan orang-orang yang hanya mengejar habuan dunia.
KETIGA : sentiasa mengharapkan dan memerlukan Allah, merasa hina dan tidak bererti di hadapan-Nya.
KEEMPAT : tawakal, menyandarkan segala perkara kepada Allah, merasa cukup, istighfar dan memohon pertolongan-Nya baik di saat menyendiri mahupun di khalayak ramai.
Perkukuhkan empat pokok di atas! Empat pokok ini hanya kuat dengan EMPAT hal berikut :
WAllahu 'alam..
Catatan di atas diambil dari risalah yang kami terima semasa Majlis Haul Imam Abdullah al-Haddad tahun 1433H / 2012 Masihi.
Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad
Jom kenali al-Habib di sini :)
Showing posts with label Catatan Talaqqi. Show all posts

Thursday, November 28, 2013
Muraqabah
بسم الله
الرحمن الرحيم
Assalamualaikum warahmatullahi wa barakaatuh.
Bersempena dengan Majlis Sambutan Haul Imam Abdullah bin Alawi
Al-Haddad tahun 1433H / 2012M, ana dan beberapa sahabiah telah menyertai salah
satu program yang dianjurkan oleh pihak pengelola Amanah Hawi Al Khairat iaitu
Seminar Pagi Semepena Majlis Sambutan Haul Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad.
Jazakamullahu khairan.
Seminar bertajuk Cabaran
Muraqabah Zaman Ini sangat memberi kesan kepada kami penuntut ilmu ini. Sungguh
bermakna qalam-qalam yang dikeluarkan oleh para habaib yang menjadi asbab bagi
kami mencari an-Nur hidayah Rabbul Al Amin.
Yang dikasihi lagi dirindui Al-Habib Sholeh bin Muhammad Al-Jufri
yang merupakan mudir Darul Musthofa Solo Indonesia dan Al-Habib Ali Zaenal Abidin
bin Abu Bakar Al-Hamid yang merupakan mudir Darul Murtadza Malaysia.
Tema sambutan majlis ini ialah Al-Muraqabah.
Berikut merupakan kata-kata yang dipetik oleh
para Imam rahimahullahu ta’ala yang terdapat dalam risalah kami terima di
majlis.
WAllahu'alam...
Catatan ini diambil daripada risalah yang kami terima semasa Majlis Haul Imam Abdullah al-Haddad tahun 1433H / 2012M.
Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad
Jom kenali al-Habib di sini :)
“
Tuesday, December 11, 2012
Adab-Adab Menuntut Ilmu
بسم الله الرمن الرحيم
Catatan Cinta Ilmu bersama Syaikhuna Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki
1. Ikhlas hanya kerana Allah Subhanahu wa ta’ala.
2. Mempunyai adab yang sangat tinggi.
3. Tawadhu’ tidak kira pada siapa pun. Perlulah merendahkan diri terutama sekali pada hukum Allah Subhanahu wa ta’ala.
4. Bersihkan diri dari zahir dan batin yakni riak, ujub, dendam dan sifat-sfat tercela.
5. Setelah itu, barulah hiasi diri dengan sifat-sifat yang mulia. Sentiasa kemas, tampan, cantik, bagus imej yang terzahirnya. Rambutnya pendek kemas rapi, kukunya sentiasa bersih, misainya dicukur, janggutnya disimpan rapi menampakkan dirinya disenangi orang apabila dilihat. Sesungguhnya Allah itu Cantik maka kita perlulah cintakan kecantikan diri kita yang telah Allah kurniakan.
6. Lihatlah gurumu dengan penuh ta’zim dan layanlah gurumu dengan penuh kehormatan.
Berkata salah seorang daripada salafus sholeh Rahimahullahu ta’ala :
“Aku sanggup menjadi hamba kepada orang yang menyampaikan ilmu kepadaku.”
Berkata lagi Imam As-Syafie Rahimahullahu ta’ala :
“Apabila aku membuka helaian-helaian kitabku di hadapan Imam Malik, aku membukanya dengan perlahan-perlahan kerana aku gerun kepadanya takut-takut dia mendengar bunyi kertas.”
Berkata pula Imam Abu Hanifah Rahimahullahu ta’ala :
“Aku tidak pernah mengunjurkan kakiku ke arah rumah guruku, Imam Hammad kerana rasa hormatku kepadanya, sedangkan jarak rumahku dengan rumahnya dipisah oleh tujuh lorong.”
7. Mengapakah penuntut ilmu itu tidak digalakkan menimba ilmu hanya di tv, laptop dan mp3?
Kerana teknologi tidak akan menegur kita sekiranya kita tidak beradab. Boleh saja entum makan, minum, sambil baca surat khabar mendengar syaikh berbicara di dalam Youtube misalnya. Tiada siapa yang boleh menegur jadinya tiada wujudnya keberkatan ilmu yang diperoleh.
8. Syaikh sambung perihal adab menuntut ilmu dengan satu cerita yang melibatkan anak kepada seorang Khalifah. Semasa majlis ilmu berlangsung, anak kepada Khalifah ini bertanyakan kepada Imam Tok Guru dengan tidak beradab seolah-olah tidak hormat pada gurunya. Lalu Imam tersebut tidak memandang kepadanya apatah lagi menjawab soalan yang diajukannya. Hal ini kerana Imam tersebut mengatakan Ilmu itu lebih mulia dari dirimu wahai anak kepada Khalifah. Anak murid perlulah memandang kepada gurunya dengan ta’zim dan penuh dengan pandangan Rahmat.
9. Ada satu perkara yang belum pernah dibuat oleh penuntut ilmu pada zaman ini yang diamalkan oleh para salafaus sholeh zaman dahulu. Sebelum mereka pergi mengaji menuntut ilmu dengan guru mereka, mereka akan bersedeqah berdoa agar tok gurunya ditutupkan aib beliau yang boleh menghilangkan keberkatan ilmu. Betapa hebatnya adab para salafus sholeh ini terhadap ilmu yang dituntut.
10. Syaikh menceritakan lagi tentang Imam As-Syafie yang setelah berumur 40 tahun baru berkahwin kerana ingin memenuhkan diri dengan ilmu terlebih dahulu baru ingin berumah tangga mempunyai anak dan isteri. Syaikh menasihatkan para penuntut ilmu agar contohilah Imam As-Syafie, tuntutlah ilmu sebanyak-banyaknya sebelum dirimu mempunyai lagi satu tanggunggjawab yang besar yakni perkahwinan.
11. Bagaimana untuk seseorang itu melawan hawa nafsu setelah meninggalkan kejahatan?
Perlulah diri tersebut meninggalkan kawasan yang tidak mendorong dirinya berubah malah menambahkan godaan-godaan yang negative kepada tempat-tempat yang penuh dengan mahabbah, suasana Islam. Diri perlulah nekad untuk berubah. Di situ, akan adanya insan-insan yang sering mengingatkan diri apabila terleka, terlalai daripada perintah-Nya.
Ingatlah kepada semua tholibul elilm (penuntut ilmu), hendaklah setiap ilmu yang dipelajari itu diamal serta dipraktikkan selama mana kita hidup di dunia ini. Allahu ‘alam.
Segala kekurangan dalam penulisan ini harap diperbetulkan agar dapat kita manfaatkannya bersama. JazakAllahu khairan.
Allahumma Solli ‘ala Sayyidina Muhammad.

Kelebihan Menuntut Ilmu
بسم الله الرمن الرحيم
Catatan Cinta Ilmu bersama Syaikhuna Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki
1. Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam bersabda dalam hadith yang bermaksud tiada hasad melainkan untuk 2 golongan ini yakni lelaki yang dianugerahkan ilmu lantas dia mengamalkannya dan mengajarkannya kepada orang lain. Dan yang kedua ialah pemuda yang dianugerahkan harta dan dia menggunakannya ke jalan kebenaran.
Hal ini bermakna selain daripada atas alasan di atas adalah tidak dibolehkan dalam kehidupan seharian kita. Adapun kita cemburu kerana kecantikan seseorang itu haram hukumnya.
Syaikh menekankan bahawasanya tiada apa pun pemberian Allah Azza Wa Jalla yang lebih afdhal melainkan Ilmu. Allah betapa nikmat dan untungnya seseorang itu apabila dikurniakan ilmu, dianugerahi dengan semangat untut menuntut ilmu serta mengajarkannya kepada orang di sekelilingnya.
2. Bagaimana untuk mengelakkan diri daripada terkena sihir?
Tiada apa yang boleh perisai diri kita dari apa pun yakni jin dan syayatin (syaitan) melainkan zikrullah. Dengan itu, Nabiyyuna shollallahu ‘alaihi wasallam mengajar kita zikir di pagi dan petang, selepas solat Subuh, dan zikir-zikir lainnya. Surah al-Baqarah, dan banyak lagi Surah lain yang dapat menghalangi kita dari sihir. Wa ha kaza, isilah dirimu dengan Ilmu…
3. Bagaimana untuk kita mengelakkan pembaziran?
Adapun pembaziran itu dari istilah ulama’, erti kata contoh situasi kita membeli makanan hingga keterlaluan banyaknya sehingga mengakibatkan ada yang terbuang. Sekiranya situasi seperti seseorang itu di hadapannya ada terlalu banyak macam jenis makanannya lalu dia memakannya sehingga keterlaluan kenyangnya, itu tidak mengapa bagi pandangan ulama’ erti kata ianya bukan dari kategori pembaziran.
Yang pertama Syaikh menekankan sekali lagi tentang Ilmu. Perlulah diri dipenuhi dengan ilmu agar kita akan sentiasa ingat dan bertanya pada diri sendiri apakah kita beli ini akan mengakibatkan terbazir atau tidak.
Yang kedua Syaikh menasihatkan bahawa kita renung sejenak akan nasib saudara kita yang tidak mempunyai makanan, pakaian, dan lainnya seperti kita. Alangkah besarnya nikmat yang Allah Subhanahu wa ta’ala beri kepada kita tapi tidak disyukurinya.
4. Rasululllah shollallahu ‘alaihi wasallam mengumpamakan orang yang memberi ilmu kepada orang yang tidak berminat dengan ilmu ialah seperti orang yang mengkalungkan emas dan permata kepada anjing dan babi. Lihat betapa ‘jelek’nya golongan ini sekiranya mereka tidak menghentikan penyampaian mereka. Situasi seperti seorang penyampai yang sedang menyampaikan ilmu sedangkan pendengarnya sedang membaca majalah, makan dan duduk dengan silang kaki tidak beradab. Secara logiknya, kerja-kerja ini hanya orang-orang yang tidak siuman sahaja yang berbuat demikian. Mana mungkin orang yang cinta akan ilmu beradab seperti kepada gurunya.
5. Seperti yang sering dikhabarkan kepada kita tentang isu-isu Palestin dan Syria baru-baru ini. Ramai yang syahid dalam peperangan. Apakah kita tidak mahu seperti mereka? Idzan, tuntutlah ilmu sehingga diri kita meninggalkan dunia. Bak kata pepatah tuntutlah ilmu dari dalam buaian sehingga ke liang lahad. Supaya kita mendapat pahala sama seperti orang yang mati syahid yakni pahala syahadah.
Orang yang keluar untuk menuntut ilmu akan diampunkan dosanya oleh Rabbul ‘Alamin.
Cuba kita renung sejenak tentang bangsa Yahudi Zionist yang telah banyak menyusahkan bahkan menghancurkan saudara-mara kita di sana. Apa mungkin mereka boleh ibadat dengan tenang di sana, zikir dengan nyaman, menghadiri majlis-majlis ilmu seperti ini? Jadi bagi kita di sini, hadirkanlah diri ke majlis-majlis Ilmu, tanamkan niat untuk menuntut ilmu pengetahuan di atas muka bumi ini agar apabila tiba saat dicabut nyawa kita, kita dapat pahala syahadah itu.
Ingatlah jangan korbankan kebahagiaan yang untuk selama-lamanya dengan kebahagiaan yang sekejap di dunia ini. Kerana kebahagiaan di akhirat adalah untuk selamanya tetapi kebahagiaan di dunia ini hanya untuk sementara sahaja.
6. Nabi shollallahu ‘alaihi wasallam berkata dalam hadith yang bermaksud
1 bidang ilmu yang dipelajari lebih bermanfaat daripada 1000 rakaat solat manakala 1 bidang ilmu yang diajari adalah lebih baik daripada 100 rakaat solat.
7. Analogi yang diberi Syaikhuna sebentar tadi, sekiranya kita asyik saja melihat akan harga-harga kereta yang diidami di majalah, surat khabar dan sebagainya dengan niat nak membelinya. Maka Allah akan tunaikannya. Jadi apalah kita sekiranya asyik menghadirkan diri ke taman-taman syurga (majlis ilmu) maka Allah akan mendatangkan kita ke syurga-Nya jua…

Allahu ‘alam. Kepada sahabat-sahabat serta para pembaca, mohon maaf atas segala kekurangan dalam perkongsian ini. Sekadar ingin berkongsi qalam-qalam Murobbi tercinta.
Allahumma Solli ‘ala Sayyidina Muhammad
Allahumma Solli ‘ala Sayyidina Muhammad
Sekiranya terdapat kesalahan dalam catatan ini harap ditegur agar dapat dimanfaatkan bersama. JazakAllahu khairan.
Friday, November 16, 2012
Ilmu dan Wara'
Bismillahirrahmanirrahim...
Catatan Cinta Ilmu bersama Syaikhuna Syaikh Muhammad
Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki di TV AlHijrah.
1. Syaikh bercerita tentang kisah syaikh diajak oleh akhawat
untuk bergambar dengannya. Maka, syaikh pun berkata adapun syaikh tidak
mengatakan bahawasanya bergambar muslimin dengan muslimat itu haram. Tidak. Akan
tetapi, biarpun antara muslimin dengan muslimat itu duduk jauh 2 meter antara
satu sama lain, mereka tetap akan berada dalam satu gambar. Syaikh menolaknya.
Dalam hadith Rasululullah SAW bersabda :
“Perintah anak kamu bersembahyang ketika mereka berumur 7
tahun, jika mereka tidak melakukannya sampai umur 10 tahun, pukul mereka, juga
pisahkan di antara mereka (lelaki dan perempuan) dari tempat tidur.” (riwayat
Al-Hakim dan Abu Daud)
Sedangkan Rasulullah SAW memerintahkan muslimin dan muslimat
yang mempunyai ikatan adik-beradik dari tempat tidur mereka, yang muslimin
dalam bilik lain dan yang muslimat dalam bilik yang lainnya. Apatah lagi kita
yang tiada apa-apa kaitan ini ingin bergambar sama. Hal ini bagus dalam erti
kata ingin bersama dengan orang-orang yang sholeh dan ‘alim, tapi mungkin dalam
hal bergambar dengan berlainan jantina, syaikh tidak menggalakkan. Namun,
syaikh tidak sesekali mengatakan bahawa bergambar dengan lainan jantina itu
haram.
2. Dalam hadith Nabi SAW pernah bersabda :
Maksudnya: orang yang paling berani mengeluarkan fatwa ialah
orang yang paling berani dicampakkan ke dalam neraka.
Seseorang yang memberi hukum ke atas orang lain tanpa pernah
mendalami mahupun mempelajarinya terlebih dahulu, sebenarnya dia itu telah
menempah neraka bagi dirinya. Sekarang ini, masyarakat selalu mendapat info
tentang hukum-hakam dari sana sini. Dari orang itulah dari orang inilah dari fb,majalah,
blog dsb. Siapa orang yang mengeluarkan fatwa itu mereka tidak kenal pasti.
Memang dalam situasi kita sekarang, banyak saluran info dan dakwah yang kita
boleh dapati. Jadi, kita perlulah kenal pasti penulis itu, gurunya siapa dan
sebagainya. Jangan kita terus ambil kata-katanya tanpa melihat dulu latar
belakangnya.
3. Hukum makan daging separuh masak.
Tidak ada larangan baginya. Terpulang kepada si pemakan. Akan
tetapi, makruh sekiranya daging separuh masak itu apabila dimakannya
mendatangkan kemudharatan pada kesihatannya.
4. Hafiz Al-Quran pegang Al-Quran tanpa wudhu’.
Tiada bezanya dengan orang lain. Walaupun dia mempunyai
13gelaran yang diberi oleh masyarakat, hukum baginya tetap sama yakni haram
memegang al-Quran tanpa wudhu’ mengikut mazhab as-Syafie.
5. Mufaraqah (meninggalkan) solat Jumaat pada rakaat ke-2
kerana takut-takut basah ditimpa hujan. (waktu solat jumaat dia solat di
kawasan yang tidak berbumbung)
Masalah (takut-takut basah ditimpa hujan) ialah kecil sangat
kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan para sahabat RA dahulu. Sekiranya pengorbanan
dalam hal dunia lebih senang bagimu dari pengorbanan dalam hal akhirat, maka
renungkanlah kembali.
Allahu ‘alam.
Mohon sahabat-sahabat perbetulkan sekiranya ada kesalahan
dalam catatan ini. Ana baru belajar dalam bab-bab ini. Mohon tunjuk ajar.
Allahumma Solli ‘ala Sayyidina Muhammad.
Saturday, May 19, 2012
Tips Menulis Kitab
Khas buat para penulis dan bakal penulis kitab.Daripada Al-Fadhil Ustaz Muhadir Haji Joll.
Dimulakan dengan :
1. Berwudhu'2. Baca Al-Fatihah 7kali
~Niat untuk dihadiahkan untuk Rasulullah SAW, para malaikat dan para As-Sahabah~Niat untuk para As-Sahabah, para tabi' dan tabi'in~Niat untuk 4 orang imam besar yakni Imam Asy-Syafie', Imam Malik bin Anas, Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad bin Hambal~Niat untuk semua wali Allah~Niat untuk seluruh auliya' dan ulama' tafsir, ulama' hadith, dan ulama' yang lain~Niat khas buat guru kita~Niat untuk ibu dan bapa
3. Kalimah basmalah. 4. Melampirkan setiap rujukan (nama-nama kitab terdahulu) yang diambil di belakang kitab yang kita karang. Hal ini menunjukkan sikap penulis yang amanah dalam menyampaikan ilmu. Adapun hal yang sama semasa kita ingin membeli apa-apa buku, lihat dahulu di muka surat akhir-akhir buku tersebut, pastikan penulis ada membuat lampiran rujukan yang beliau rujuk. Allahu a'lam.*Sekiranya ada kesalahan di dalam catatan ana, mohon diperbetulkan. JazakAllahu khairan.

Wednesday, May 16, 2012
Adab Dalam Berguru
Dari Syaikhuna asy-Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu
- Duduk di hadapan guru. Sampai guru nampak kita, kalau kita mengantuk guru tegur kita.
- Jarang-jarang menjadi imam.
- Peruntukkan satu hari untuk berjumpa dengan guru walaupun setakat salam dan cium tangan.
- Muliakan kitab- letak kitab di atas,jangan letak apa-apa barang diatasnya dan pegang kitab dengan tangan kanan.
- Guru merupakan asbab kita untuk dapat ilmu Allah SWT.
- Mulakan pembelajaran dengan berwudhu'. Walaupun hendak memegang kitab sekalipun.
- Ilmu itu adalah agamamu. Maka pandanglah kepada siapa kamu ambil agamamu.
- Carilah guru yang sangat mementingkan adab berguru. Kerana ilmu yang beradab lebih lama lekatnya dan berkatnya kerana ianya bersanad dan dipelajari dengan penuh adab dan sopan.
- Betulkan nawaitu dalam menuntut ilmu serta dalam melakukan ibadah.
- Kalau mengajar, jangan target untuk mendapatkan duit.
- Carilah keredhaanNya. Sekiranya itulah niat kita maka dalam urusan menuntut ilmu, kita tidak akan rasa lenguh, tidak akan rasa lesu malah tetap bersemangat.
- Ikhlaskan niat dan diri kerana Allah SWT.
- Sentiasa tawadhu'
- Jaga adab dengan kitab, sesama pelajar, dan lebih-lebih lagi dengan guru.
- Beramal dengan ilmu.
- Musyarakah ( kebersamaan dalam melaksanakan ilmu ).
Catatan waktu bertalaqi bersama Al Fadhil Ustaz Muhadir Haji Joll
Khamis
5 April 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)