Bismillahirrahmanirrahim...
Catatan Cinta Ilmu bersama Syaikhuna Syaikh Muhammad
Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki di TV AlHijrah.
1. Syaikh bercerita tentang kisah syaikh diajak oleh akhawat
untuk bergambar dengannya. Maka, syaikh pun berkata adapun syaikh tidak
mengatakan bahawasanya bergambar muslimin dengan muslimat itu haram. Tidak. Akan
tetapi, biarpun antara muslimin dengan muslimat itu duduk jauh 2 meter antara
satu sama lain, mereka tetap akan berada dalam satu gambar. Syaikh menolaknya.
Dalam hadith Rasululullah SAW bersabda :
“Perintah anak kamu bersembahyang ketika mereka berumur 7
tahun, jika mereka tidak melakukannya sampai umur 10 tahun, pukul mereka, juga
pisahkan di antara mereka (lelaki dan perempuan) dari tempat tidur.” (riwayat
Al-Hakim dan Abu Daud)
Sedangkan Rasulullah SAW memerintahkan muslimin dan muslimat
yang mempunyai ikatan adik-beradik dari tempat tidur mereka, yang muslimin
dalam bilik lain dan yang muslimat dalam bilik yang lainnya. Apatah lagi kita
yang tiada apa-apa kaitan ini ingin bergambar sama. Hal ini bagus dalam erti
kata ingin bersama dengan orang-orang yang sholeh dan ‘alim, tapi mungkin dalam
hal bergambar dengan berlainan jantina, syaikh tidak menggalakkan. Namun,
syaikh tidak sesekali mengatakan bahawa bergambar dengan lainan jantina itu
haram.
2. Dalam hadith Nabi SAW pernah bersabda :
Maksudnya: orang yang paling berani mengeluarkan fatwa ialah
orang yang paling berani dicampakkan ke dalam neraka.
Seseorang yang memberi hukum ke atas orang lain tanpa pernah
mendalami mahupun mempelajarinya terlebih dahulu, sebenarnya dia itu telah
menempah neraka bagi dirinya. Sekarang ini, masyarakat selalu mendapat info
tentang hukum-hakam dari sana sini. Dari orang itulah dari orang inilah dari fb,majalah,
blog dsb. Siapa orang yang mengeluarkan fatwa itu mereka tidak kenal pasti.
Memang dalam situasi kita sekarang, banyak saluran info dan dakwah yang kita
boleh dapati. Jadi, kita perlulah kenal pasti penulis itu, gurunya siapa dan
sebagainya. Jangan kita terus ambil kata-katanya tanpa melihat dulu latar
belakangnya.
3. Hukum makan daging separuh masak.
Tidak ada larangan baginya. Terpulang kepada si pemakan. Akan
tetapi, makruh sekiranya daging separuh masak itu apabila dimakannya
mendatangkan kemudharatan pada kesihatannya.
4. Hafiz Al-Quran pegang Al-Quran tanpa wudhu’.
Tiada bezanya dengan orang lain. Walaupun dia mempunyai
13gelaran yang diberi oleh masyarakat, hukum baginya tetap sama yakni haram
memegang al-Quran tanpa wudhu’ mengikut mazhab as-Syafie.
5. Mufaraqah (meninggalkan) solat Jumaat pada rakaat ke-2
kerana takut-takut basah ditimpa hujan. (waktu solat jumaat dia solat di
kawasan yang tidak berbumbung)
Masalah (takut-takut basah ditimpa hujan) ialah kecil sangat
kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan para sahabat RA dahulu. Sekiranya pengorbanan
dalam hal dunia lebih senang bagimu dari pengorbanan dalam hal akhirat, maka
renungkanlah kembali.
Allahu ‘alam.
Mohon sahabat-sahabat perbetulkan sekiranya ada kesalahan
dalam catatan ini. Ana baru belajar dalam bab-bab ini. Mohon tunjuk ajar.
Allahumma Solli ‘ala Sayyidina Muhammad.
No comments:
Post a Comment