Thursday, November 28, 2013

Muraqabah

Pesanan daripada Shohib ar-Ratib, Quthub al-Irsyad wa Ghauth al-'Ibad wa al-Bilad, al-Imam Abdullah bin 'Alawi al-Haddad.

"Saya berwasiat kepada anda agar memelihara EMPAT perkara pokok, memahaminya dengan benar dan melaksanakannya dengan konsisten. Di atas empat perkara ini segala seseuatu bermuara".


PERTAMA : memelihara kewajipan-kewajipan batin dan zahir. Kewajipan batin contohnya ikhlas dan pemusatan niat serta maksud semata-mata kepada Allah. Kewajipan zahir contohnya bersolat.

KEDUA : meninggalkan maksiat batin dan zahir. Maksiat batin misalnya mengikuti hawa nafsu. Maksiat zahir contohnya bersaing dan berlumba-lumba dengan orang-orang yang hanya mengejar habuan dunia.

KETIGA : sentiasa mengharapkan dan memerlukan Allah, merasa hina dan tidak bererti di hadapan-Nya.

KEEMPAT : tawakal, menyandarkan segala perkara kepada Allah, merasa cukup, istighfar dan memohon pertolongan-Nya baik di saat menyendiri mahupun di khalayak ramai.

Perkukuhkan empat pokok di atas! Empat pokok ini hanya kuat dengan EMPAT hal berikut :

WAllahu 'alam..
Catatan di atas diambil dari risalah yang kami terima semasa Majlis Haul Imam Abdullah al-Haddad tahun 1433H / 2012 Masihi.
Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad 

Jom kenali al-Habib di sini :)

Muraqabah

 بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum warahmatullahi wa barakaatuh.

Bersempena dengan Majlis Sambutan Haul Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad tahun 1433H / 2012M, ana dan beberapa sahabiah telah menyertai salah satu program yang dianjurkan oleh pihak pengelola Amanah Hawi Al Khairat iaitu Seminar Pagi Semepena Majlis Sambutan Haul Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad. Jazakamullahu khairan.

Seminar bertajuk Cabaran Muraqabah Zaman Ini sangat memberi kesan kepada kami penuntut ilmu ini. Sungguh bermakna qalam-qalam yang dikeluarkan oleh para habaib yang menjadi asbab bagi kami mencari an-Nur hidayah Rabbul Al Amin.



Yang dikasihi lagi dirindui Al-Habib Sholeh bin Muhammad Al-Jufri yang merupakan mudir Darul Musthofa Solo Indonesia dan Al-Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid yang merupakan mudir Darul Murtadza Malaysia.

Tema sambutan majlis ini ialah Al-Muraqabah. 




Berikut merupakan kata-kata yang dipetik oleh para Imam rahimahullahu ta’ala yang terdapat dalam risalah kami terima di majlis.










WAllahu'alam...
Catatan ini diambil daripada risalah yang kami terima semasa Majlis Haul Imam Abdullah al-Haddad tahun 1433H / 2012M. 
Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad 

Jom kenali al-Habib di sini :)

“