Thursday, November 28, 2013

Muraqabah

Pesanan daripada Shohib ar-Ratib, Quthub al-Irsyad wa Ghauth al-'Ibad wa al-Bilad, al-Imam Abdullah bin 'Alawi al-Haddad.

"Saya berwasiat kepada anda agar memelihara EMPAT perkara pokok, memahaminya dengan benar dan melaksanakannya dengan konsisten. Di atas empat perkara ini segala seseuatu bermuara".


PERTAMA : memelihara kewajipan-kewajipan batin dan zahir. Kewajipan batin contohnya ikhlas dan pemusatan niat serta maksud semata-mata kepada Allah. Kewajipan zahir contohnya bersolat.

KEDUA : meninggalkan maksiat batin dan zahir. Maksiat batin misalnya mengikuti hawa nafsu. Maksiat zahir contohnya bersaing dan berlumba-lumba dengan orang-orang yang hanya mengejar habuan dunia.

KETIGA : sentiasa mengharapkan dan memerlukan Allah, merasa hina dan tidak bererti di hadapan-Nya.

KEEMPAT : tawakal, menyandarkan segala perkara kepada Allah, merasa cukup, istighfar dan memohon pertolongan-Nya baik di saat menyendiri mahupun di khalayak ramai.

Perkukuhkan empat pokok di atas! Empat pokok ini hanya kuat dengan EMPAT hal berikut :

WAllahu 'alam..
Catatan di atas diambil dari risalah yang kami terima semasa Majlis Haul Imam Abdullah al-Haddad tahun 1433H / 2012 Masihi.
Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad 

Jom kenali al-Habib di sini :)

No comments:

Post a Comment