Tuesday, December 11, 2012

Adab-Adab Menuntut Ilmu


بسم الله الرمن الرحيم

Catatan Cinta Ilmu bersama Syaikhuna Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki

1. Ikhlas hanya kerana Allah Subhanahu wa ta’ala.

2. Mempunyai adab yang sangat tinggi.

3. Tawadhu’ tidak kira pada siapa pun. Perlulah merendahkan diri terutama sekali pada hukum Allah Subhanahu wa ta’ala.

4. Bersihkan diri dari zahir dan batin yakni riak, ujub, dendam dan sifat-sfat tercela.

5. Setelah itu, barulah hiasi diri dengan sifat-sifat yang mulia. Sentiasa kemas, tampan, cantik, bagus imej yang terzahirnya. Rambutnya pendek kemas rapi, kukunya sentiasa bersih, misainya dicukur, janggutnya disimpan rapi menampakkan dirinya disenangi orang apabila dilihat. Sesungguhnya Allah itu Cantik maka kita perlulah cintakan kecantikan diri kita yang telah Allah kurniakan.

6. Lihatlah gurumu dengan penuh ta’zim dan layanlah gurumu dengan penuh kehormatan.

Berkata salah seorang daripada salafus sholeh Rahimahullahu ta’ala :
“Aku sanggup menjadi hamba kepada orang yang menyampaikan ilmu kepadaku.”

Berkata lagi Imam As-Syafie Rahimahullahu ta’ala :
“Apabila aku membuka helaian-helaian kitabku di hadapan Imam Malik, aku membukanya dengan perlahan-perlahan kerana aku gerun kepadanya takut-takut dia mendengar bunyi kertas.”

Berkata pula Imam Abu Hanifah Rahimahullahu ta’ala :
“Aku tidak pernah mengunjurkan kakiku ke arah rumah guruku, Imam Hammad kerana rasa hormatku kepadanya, sedangkan jarak rumahku dengan rumahnya dipisah oleh tujuh lorong.”

7. Mengapakah penuntut ilmu itu tidak digalakkan menimba ilmu hanya di tv, laptop dan mp3?
Kerana teknologi tidak akan menegur kita sekiranya kita tidak beradab. Boleh saja entum makan, minum, sambil baca surat khabar mendengar syaikh berbicara di dalam Youtube misalnya. Tiada siapa yang boleh menegur jadinya tiada wujudnya keberkatan ilmu yang diperoleh.

8. Syaikh sambung perihal adab menuntut ilmu dengan satu cerita yang melibatkan anak kepada seorang Khalifah. Semasa majlis ilmu berlangsung, anak kepada Khalifah ini bertanyakan kepada Imam Tok Guru dengan tidak beradab seolah-olah tidak hormat pada gurunya. Lalu Imam tersebut tidak memandang kepadanya apatah lagi menjawab soalan yang diajukannya. Hal ini kerana Imam tersebut mengatakan Ilmu itu lebih mulia dari dirimu wahai anak kepada Khalifah. Anak murid perlulah memandang kepada gurunya dengan ta’zim dan penuh dengan pandangan Rahmat.

9. Ada satu perkara yang belum pernah dibuat oleh penuntut ilmu pada zaman ini yang diamalkan oleh para salafaus sholeh zaman dahulu. Sebelum mereka pergi mengaji menuntut ilmu dengan guru mereka, mereka akan bersedeqah berdoa agar tok gurunya ditutupkan aib beliau yang boleh menghilangkan keberkatan ilmu. Betapa hebatnya adab para salafus sholeh ini terhadap ilmu yang dituntut.

10. Syaikh menceritakan lagi tentang Imam As-Syafie yang setelah berumur 40 tahun baru berkahwin kerana ingin memenuhkan diri dengan ilmu terlebih dahulu baru ingin berumah tangga mempunyai anak dan isteri. Syaikh menasihatkan para penuntut ilmu agar contohilah Imam As-Syafie, tuntutlah ilmu sebanyak-banyaknya sebelum dirimu mempunyai lagi satu tanggunggjawab yang besar yakni perkahwinan.

11. Bagaimana untuk seseorang itu melawan hawa nafsu setelah meninggalkan kejahatan?
Perlulah diri tersebut meninggalkan kawasan yang tidak mendorong dirinya berubah malah menambahkan godaan-godaan yang negative kepada tempat-tempat yang penuh dengan mahabbah, suasana Islam. Diri perlulah nekad untuk berubah. Di situ, akan adanya insan-insan yang sering mengingatkan diri apabila terleka, terlalai daripada perintah-Nya.

Ingatlah kepada semua tholibul elilm (penuntut ilmu), hendaklah setiap ilmu yang dipelajari itu diamal serta dipraktikkan selama mana kita hidup di dunia ini. Allahu ‘alam.

Segala kekurangan dalam penulisan ini harap diperbetulkan agar dapat kita manfaatkannya bersama. JazakAllahu khairan.

Allahumma Solli ‘ala Sayyidina Muhammad.
 

Kelebihan Menuntut Ilmu



بسم الله الرمن الرحيم

Catatan Cinta Ilmu bersama Syaikhuna Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki

1. Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam bersabda dalam hadith yang bermaksud tiada hasad melainkan untuk 2 golongan ini yakni lelaki yang dianugerahkan ilmu lantas dia mengamalkannya dan mengajarkannya kepada orang lain. Dan yang kedua ialah pemuda yang dianugerahkan harta dan dia menggunakannya ke jalan kebenaran.
Hal ini bermakna selain daripada atas alasan di atas adalah tidak dibolehkan dalam kehidupan seharian kita. Adapun kita cemburu kerana kecantikan seseorang itu haram hukumnya.
Syaikh menekankan bahawasanya tiada apa pun pemberian Allah Azza Wa Jalla yang lebih afdhal melainkan Ilmu. Allah betapa nikmat dan untungnya seseorang itu apabila dikurniakan ilmu, dianugerahi dengan semangat untut menuntut ilmu serta mengajarkannya kepada orang di sekelilingnya.

2. Bagaimana untuk mengelakkan diri daripada terkena sihir?
Tiada apa yang boleh perisai diri kita dari apa pun yakni jin dan syayatin (syaitan) melainkan zikrullah. Dengan itu, Nabiyyuna shollallahu ‘alaihi wasallam mengajar kita zikir di pagi dan petang, selepas solat Subuh, dan zikir-zikir lainnya. Surah al-Baqarah, dan banyak lagi Surah lain yang dapat menghalangi kita dari sihir. Wa ha kaza, isilah dirimu dengan Ilmu…

3. Bagaimana untuk kita mengelakkan pembaziran?
Adapun pembaziran itu dari istilah ulama’, erti kata contoh situasi kita membeli makanan hingga keterlaluan banyaknya sehingga mengakibatkan ada yang terbuang. Sekiranya situasi seperti seseorang itu di hadapannya ada terlalu banyak macam jenis makanannya lalu dia memakannya sehingga keterlaluan kenyangnya, itu tidak mengapa bagi pandangan ulama’ erti kata ianya bukan dari kategori pembaziran.
Yang pertama Syaikh menekankan sekali lagi tentang Ilmu. Perlulah diri dipenuhi dengan ilmu agar kita akan sentiasa ingat dan bertanya pada diri sendiri apakah kita beli ini akan mengakibatkan terbazir atau tidak.
Yang kedua Syaikh menasihatkan bahawa kita renung sejenak akan nasib saudara kita yang tidak mempunyai makanan, pakaian, dan lainnya seperti kita. Alangkah besarnya nikmat yang Allah Subhanahu wa ta’ala beri kepada kita tapi tidak disyukurinya.

4. Rasululllah shollallahu ‘alaihi wasallam mengumpamakan orang yang memberi ilmu kepada orang yang tidak berminat dengan ilmu ialah seperti orang yang mengkalungkan emas dan permata kepada anjing dan babi. Lihat betapa ‘jelek’nya golongan ini sekiranya mereka tidak menghentikan penyampaian mereka. Situasi seperti seorang penyampai yang sedang menyampaikan ilmu sedangkan pendengarnya sedang membaca majalah, makan dan duduk dengan silang kaki tidak beradab. Secara logiknya, kerja-kerja ini hanya orang-orang yang tidak siuman sahaja yang berbuat demikian. Mana mungkin orang yang cinta akan ilmu beradab seperti kepada gurunya.

5. Seperti yang sering dikhabarkan kepada kita tentang isu-isu Palestin dan Syria baru-baru ini. Ramai yang syahid dalam peperangan. Apakah kita tidak mahu seperti mereka? Idzan, tuntutlah ilmu sehingga diri kita meninggalkan dunia. Bak kata pepatah tuntutlah ilmu dari dalam buaian sehingga ke liang lahad. Supaya kita mendapat pahala sama seperti orang yang mati syahid yakni pahala syahadah.
Orang yang keluar untuk menuntut ilmu akan diampunkan dosanya oleh Rabbul ‘Alamin.
Cuba kita renung sejenak tentang bangsa Yahudi Zionist yang telah banyak menyusahkan bahkan menghancurkan saudara-mara kita di sana. Apa mungkin mereka boleh ibadat dengan tenang di sana, zikir dengan nyaman, menghadiri majlis-majlis ilmu seperti ini? Jadi bagi kita di sini, hadirkanlah diri ke majlis-majlis Ilmu, tanamkan niat untuk menuntut ilmu pengetahuan di atas muka bumi ini agar apabila tiba saat dicabut nyawa kita, kita dapat pahala syahadah itu.
Ingatlah jangan korbankan kebahagiaan yang untuk selama-lamanya dengan kebahagiaan yang sekejap di dunia ini. Kerana kebahagiaan di akhirat adalah untuk selamanya tetapi kebahagiaan di dunia ini hanya untuk sementara sahaja.

6. Nabi shollallahu ‘alaihi wasallam berkata dalam hadith yang bermaksud
1 bidang ilmu yang dipelajari lebih bermanfaat daripada 1000 rakaat solat manakala 1 bidang ilmu yang diajari adalah lebih baik daripada 100 rakaat solat.

7. Analogi yang diberi Syaikhuna sebentar tadi, sekiranya kita asyik saja melihat akan harga-harga kereta yang diidami di majalah, surat khabar dan sebagainya dengan niat nak membelinya. Maka Allah akan tunaikannya. Jadi apalah kita sekiranya asyik menghadirkan diri ke taman-taman syurga (majlis ilmu) maka Allah akan mendatangkan kita ke syurga-Nya jua…
Allahu ‘alam. Kepada sahabat-sahabat serta para pembaca, mohon maaf atas segala kekurangan dalam perkongsian ini. Sekadar ingin berkongsi qalam-qalam Murobbi tercinta.

Allahumma Solli ‘ala Sayyidina Muhammad


Sekiranya terdapat kesalahan dalam catatan ini harap ditegur agar dapat dimanfaatkan bersama. JazakAllahu khairan.

Friday, November 16, 2012

Qasidah Al-Jalaliyah


Qasidah al-Jalaliyah

قصيدة الجلالية للشيخ أحمد جمهوري المكي
أداء فرقة الفتح المبين الماليزية
Qasidah al-Jalaliyah, written by Shaykh Ahmad Djamhuri al-Makki
performed by Fathul Mubin, Maktab Mahmud Alor Setar.

نَبِيُّنَا رَسُوْلُ الله # وَشَافِعُنَا حَبِيْبُ الله
وَمَوْلَانَا خَلِيْلُ الله # عَلَيْهِ صَلَاتُنَا يَا الله
Nabi kami yang mulia Rasulullah
Yang mensyafaati kami Habibullah
Yang mencintai kami Khalilullah
Atas Beliau sholawat kami ya Allah

رَسُولُ الله كَلِيْمُ الله # وَأَعْلَى أَنْبِيَاءِ الله
رَسُوْلُ الله صَفِيُّ الله # إمَامُ المُتَّقِيْنَ الله
Rasulullah julukanNya Kalimullah
Yang tertinggi dari sekalian Nabiyullah
Rasulullah pilihan utama dari Allah
Imam bagi yang taqwa kepada Allah

أتَانَا رَحْمَةُ المُهْدَاة # فَآمَنَّا بِهِ يَا الله
فَوَفِقْنَا وَأكْرِمْنَا # بِحُسْنَى وَالرِّضَا يَا الله
Datang Dia bagi kami sebagai Rahmah
Kami beriman kepada Beliau ya Allah
Muliakan dan beri taufiq kami ya Allah
Dengan khusnul khatimah dan redhamu ya Allah

إلَهِي عَافِنَا جَمْعًا # مِنَ الأمْرَاضِ يَا الله
وَطَهِّرْنَا مِنَ الأوْزَار # بِفَضْلٍ مِنْكَ يَا الله
Afiatkanlah sekalian kami ya Allah
Hindarkan dari segala penyakit ya Allah
Bersihkan kami dari segala dosa-dosa ya Allah
Dari Engkau, itu karunia ya Allah

إلَهِي اغْفِرْ مَعَ الأبَوَيْن # إلَهِي ارْحَمْهُمَا يَا الله
إلَهِي اسْتُرْ جَمِيْعَ الْحَال # وَلَا تَكْشِفْ بِنَا يَا الله
Ampunilah ibubapa kami ya Allah
Rahmatilah mereka berdua ya Allah
Tutupilah kejelekan kami ya Allah
Jangan ditampakkan yang itu ya Allah

إلَهِي وَاهْدِنَا دَوْمًا # لِما تَرْضى بِهِ يَا الله
وَكُنْ عَوْنًا لَنَا يَا رَبّ # بِدَارَيْنِ مَعًا يَا الله
Senantiasa beri Hidayah kami ya Allah
Buat menuntut keredhaanMu ya Allah
Engkau adalah penolong kami ya Allah
Dalam dunia serta akhiratnya ya Allah

وَأَنْزِلْنَا بِفِرْدَوْسٍ # بِقُرْبِ مُحَمَّدٍ يَا الله
لِنَنْظُرْ وَجْهَكَ البَاقِي # بِحُبِّ المُصْطَفَى يَا الله
Tempatkan kami di Syurga Firdausi ya Allah
Di samping Nabi Muhammad ya Allah
Buat memandang dzat Engkau ya Allah
Kami Cinta Nabi pilihanMu ya Allah

عَلَى أَحْمَدْ صَلَاةُ الله # عَلَى الهَادِى سَلَامُ الله
وَآلٍ مَعْ صَحَابَتِهِ # دَوَامًا سَرْمَدًا يَا الله
Atas Nabi Ahmad sholawatKau ya Allah
Atas Beliau / Alhadi salamKau ya Allah
Serta keluarga dan sahabatNya ya Allah
Yang demikian selama-lamanya ya Allah





_______________________________________________
Calligraphy by: http://www.facebook.com/profile.php?id=100000653011238

Sekiranya ada pembetulan dalam penulisan ni, feel free to correct me.
JazakAllahu khairan kathira.
Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad



Ilmu dan Wara'


Bismillahirrahmanirrahim...
Catatan Cinta Ilmu bersama Syaikhuna Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki di TV AlHijrah.

1. Syaikh bercerita tentang kisah syaikh diajak oleh akhawat untuk bergambar dengannya. Maka, syaikh pun berkata adapun syaikh tidak mengatakan bahawasanya bergambar muslimin dengan muslimat itu haram. Tidak. Akan tetapi, biarpun antara muslimin dengan muslimat itu duduk jauh 2 meter antara satu sama lain, mereka tetap akan berada dalam satu gambar. Syaikh menolaknya.
Dalam hadith Rasululullah SAW bersabda :
“Perintah anak kamu bersembahyang ketika mereka berumur 7 tahun, jika mereka tidak melakukannya sampai umur 10 tahun, pukul mereka, juga pisahkan di antara mereka (lelaki dan perempuan) dari tempat tidur.” (riwayat Al-Hakim dan Abu Daud)
Sedangkan Rasulullah SAW memerintahkan muslimin dan muslimat yang mempunyai ikatan adik-beradik dari tempat tidur mereka, yang muslimin dalam bilik lain dan yang muslimat dalam bilik yang lainnya. Apatah lagi kita yang tiada apa-apa kaitan ini ingin bergambar sama. Hal ini bagus dalam erti kata ingin bersama dengan orang-orang yang sholeh dan ‘alim, tapi mungkin dalam hal bergambar dengan berlainan jantina, syaikh tidak menggalakkan. Namun, syaikh tidak sesekali mengatakan bahawa bergambar dengan lainan jantina itu haram.

2. Dalam hadith Nabi SAW pernah bersabda :
Maksudnya: orang yang paling berani mengeluarkan fatwa ialah orang yang paling berani dicampakkan ke dalam neraka.
Seseorang yang memberi hukum ke atas orang lain tanpa pernah mendalami mahupun mempelajarinya terlebih dahulu, sebenarnya dia itu telah menempah neraka bagi dirinya. Sekarang ini, masyarakat selalu mendapat info tentang hukum-hakam dari sana sini. Dari orang itulah dari orang inilah dari fb,majalah, blog dsb. Siapa orang yang mengeluarkan fatwa itu mereka tidak kenal pasti. Memang dalam situasi kita sekarang, banyak saluran info dan dakwah yang kita boleh dapati. Jadi, kita perlulah kenal pasti penulis itu, gurunya siapa dan sebagainya. Jangan kita terus ambil kata-katanya tanpa melihat dulu latar belakangnya.

3. Hukum makan daging separuh masak.
Tidak ada larangan baginya. Terpulang kepada si pemakan. Akan tetapi, makruh sekiranya daging separuh masak itu apabila dimakannya mendatangkan kemudharatan pada kesihatannya.

4. Hafiz Al-Quran pegang Al-Quran tanpa wudhu’.
Tiada bezanya dengan orang lain. Walaupun dia mempunyai 13gelaran yang diberi oleh masyarakat, hukum baginya tetap sama yakni haram memegang al-Quran tanpa wudhu’ mengikut mazhab as-Syafie.

5. Mufaraqah (meninggalkan) solat Jumaat pada rakaat ke-2 kerana takut-takut basah ditimpa hujan. (waktu solat jumaat dia solat di kawasan yang tidak berbumbung)
Masalah (takut-takut basah ditimpa hujan) ialah kecil sangat kalau nak dibandingkan dengan pengorbanan para sahabat RA dahulu. Sekiranya pengorbanan dalam hal dunia lebih senang bagimu dari pengorbanan dalam hal akhirat, maka renungkanlah kembali.

Allahu ‘alam.
Mohon sahabat-sahabat perbetulkan sekiranya ada kesalahan dalam catatan ini. Ana baru belajar dalam bab-bab ini. Mohon tunjuk ajar.
Allahumma Solli ‘ala Sayyidina Muhammad.


Friday, September 28, 2012

Membetulkan Kekeliruan Masyarakat


بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sudah lama diri al-faqirah mendiamkan diri dalam blog ini. Allahu 'alam. Mungkin disebabkan terhijabnya dosa-dosa yang terlekat dalam diri ini, menyebabkan tiada ilmu yang berhak dikongsikan dengan semua. Wa li haza, ingin diri ini mengambil berqat dari usaha guru kami dalam menyebarkan ilmu yang mengalir dalam diri beliau. Idzan, ingin diri ini mejalankan amanat murobbina Al-Fadhil Ustaz Muhadir Hj. Joll As-Sanariy dalam menyebarkan seluas-luasnya isu yang sangat penting ini bagi membetulkan kekeliruan masyarakat dalam beberapa hal mengenai amalan-amalan yang sering dilakukan oleh masyarakat pada hari ini. Semoga Allah merahmati beliau dalam usaha beliau merungkaikan segala permasalahan umat. Allahu 'alam bisshowab....
http://roskiman.com/blog/2012/08/19/amalan-1-syawal-membetulkan-kekeliruan/
          http://roskiman.com/blog/2012/09/04/jawapan-kepada-saudara-abdullah/


Berikut ialah jawapan kepada permasalahan pada kekeliruan dalam mengamalkan amalan pada 1 Syawal. Jangan lupa baca sampai habis ya. Baru faham. Lazimilah diri untuk membaca, memahami, menghadami, dan mengamalkan apa yang dibaca. InsyaAllah berqat dan sampai ke cahaya petunjuk Rabbul Alamin. Doakan diri yang faqir ini dapat menyambungkan penulisannya dalam masa yang terdekat biiznillah. Jazakumullahu khairan kathira.

Sunday, September 16, 2012

Qasidah Waqtissahar


QASIDAH WAQTISSAHAR
Oleh : Al Allamah Al-Habib Umar bin Hafidh

بسم الله الرحمن الرحيم


وَقْتِ السَّحَرْ بِهْ يَطِيْب الْحَالْ لَاهْلِ الصَّفَا وَبِهْ يَجُوْدُ الْعَلِي بِالْفَضْلِ لأَهْلِ الْوَفَا
Waktu larut malam adalah saat termuliakannya keadaan orang-orang suci, dan pada waktu itu pula semakin pemurah Sang Maha Mulia dengan anugerah untuk mereka yang menepati janji untuk mengunjungi Nya (solat malam )

كَمْ مِنْ سَقِيْمٍ بِهَذَا الْوَقْتِ نَالَ الشِّفَا وَكَمْ بِهِ اِتَّصَلْ مِنْ عَبْدٍ بِالْمُصْطَفَى
Berapa banyak orang yang dimurkai dan ditimpa musibah yang di waktu larut malam itu (mereka bermunajat pada Nya) maka mereka mendapatkan kesejukan dan pencabutan atas musibahnya, dan berapa banyak banyak pula para hamba yang termuliakan dengan terhubung hatinya dengan sang Nabi SAW


وَقَابَلَتْهُ الْمَوِاهِبْ ظَاهِرًا وَالْخَفَا وَنَازَلَتْهُ لَطَائِفُ خَيْرُ مَنْ لَطَفَا
Maka ia disambut dengan anugerah anugerah yang terlihat dan yang tersembunyi (permasalahan dunia dan akhiratnya), dan turunlah untuknya kasih sayang dan kelembutan kelembutan dari yang sangat Indah kelembutan Nya


عَنِ الْمَسَاوِي وَكُلِّ الذَّنْبِ فَضْلًا عَفَى وَبَارِق الْفَضْلِ وَاْلإِحْسَانِ لُهْ رَفْرَفَا
Dari kehinaan kehinaan dan setiap dosa, anugerah maaf Nya pun melimpah, dan pijaran cahaya kemuliaan dan keluhuran untuknya terus bercahaya indah,


وَحَسْبُهُ جُوْدُ مَوْلَانَا الْعَلِى وَكَفَى وَهَاهُنَا الْقَوْلَ يَا أهْلَ الْفَهُمْ قَدْ وَقَفَا
Maka cukuplah kedermawanan Tuhan kita Yang Maha Tinggi dan Maha Mencukupi segenap hamba Nya, dan sampai di sinilah wahai yang memahami, terhenti ucapan dan kata-kata…

مَنْ ذَايُعَبِّرْ عَنِ الْغَوْثِ إذَا وَكَفَا يَاربِّ زِدْنَا عَطَايَا يَارَبِّ زِدْتُحَفَا
Siapakah pula yang mampu menggambarkan kemegahan curahan hujan rahmat Nya bila sedang melimpah…, wahai Tuhan tambahkan bagi kami pemberian pemberian, wahai Tuhan kami tambahkanlah sesuatu yang berharga,


وَاعْطِفْ عَلَيْنَا فَإنَّكَ خَيْرَ مَنْ عَطَفَا وَاعْلِي لَنَا فِي ر حَابِ الْعِزّ بِكْ غُرَفَا
Maka berlemah-lembutlah pada kami, sungguh engkau sebaik baik yang berlemah-lembut, dan limpahkanlah kemuliaan bagi kami dengan sambutan kemegahan kamar-kamar istana-Mu,


وَصَلِّ دَأْبًا عَلَى أحْمَدُ وَالِهَ الشُّرَفَا وَالصَّحْبِ أَهْلِ الْهُدَى وَمَنْ بِهِمْ إِقتَفَا
Dan limpahkanlah selawat selalu atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya yang mulia, berserta para sahabatnya dan para pembawa petunjuk dan semua yang mengikuti jejak mereka,


وَالْحَمْدُ اللهِ رَبِّي حَسْبُنَا وَكَفَى
Dan segala puji bagi Allah Tuhanku, Yang Maha Melindungi kami dengan kecukupan.

p/s: sekiranya ada kesalahan tafadhdhal betulkan ya.


JAZAKUMULLAHU KHAIRAN






Saturday, May 19, 2012

Tips Menulis Kitab


بسم الله الرحمن الرحيم


Khas buat para penulis dan bakal penulis kitab.Daripada Al-Fadhil Ustaz Muhadir Haji Joll.

Dimulakan dengan :

1. Berwudhu'2. Baca Al-Fatihah 7kali

~Niat untuk dihadiahkan untuk Rasulullah SAW, para malaikat dan para As-Sahabah~Niat untuk para As-Sahabah, para tabi' dan tabi'in~Niat untuk 4 orang imam besar yakni Imam Asy-Syafie', Imam Malik bin Anas, Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad bin Hambal~Niat untuk semua wali Allah~Niat untuk seluruh auliya' dan ulama' tafsir, ulama' hadith, dan ulama' yang lain~Niat khas buat guru kita~Niat untuk ibu dan bapa

3. Kalimah basmalah. 4. Melampirkan setiap rujukan (nama-nama kitab terdahulu) yang diambil di belakang kitab yang kita karang. Hal ini menunjukkan sikap penulis yang amanah dalam menyampaikan ilmu. Adapun hal yang sama semasa kita ingin membeli apa-apa buku, lihat dahulu di muka surat akhir-akhir buku tersebut, pastikan penulis ada membuat lampiran rujukan yang beliau rujuk.    Allahu a'lam.*Sekiranya ada kesalahan di dalam catatan ana, mohon diperbetulkan. JazakAllahu khairan.




Wednesday, May 16, 2012

Adab Dalam Berguru

Dari Syaikhuna asy-Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu 
Al-Banjari Al-Makki




  1. Duduk di hadapan guru. Sampai guru nampak kita, kalau kita mengantuk guru tegur kita.
  2. Jarang-jarang menjadi imam.
  3. Peruntukkan satu hari untuk berjumpa dengan guru walaupun setakat salam dan cium tangan.
  4. Muliakan kitab- letak kitab di atas,jangan letak apa-apa barang diatasnya dan pegang kitab dengan tangan kanan.
  5. Guru merupakan asbab kita untuk dapat ilmu Allah SWT.
  6. Mulakan pembelajaran dengan berwudhu'. Walaupun hendak memegang kitab sekalipun.
  7. Ilmu itu adalah agamamu. Maka pandanglah kepada siapa kamu ambil agamamu.
  8. Carilah guru yang sangat mementingkan adab berguru. Kerana ilmu yang beradab lebih lama lekatnya dan berkatnya kerana ianya bersanad dan dipelajari dengan penuh adab dan sopan.
  9. Betulkan nawaitu dalam menuntut ilmu serta dalam melakukan ibadah.
  10. Kalau mengajar, jangan target untuk mendapatkan duit.
  11. Carilah keredhaanNya. Sekiranya itulah niat kita maka dalam urusan menuntut ilmu, kita tidak akan rasa lenguh, tidak akan rasa lesu malah tetap bersemangat.
  12. Ikhlaskan niat dan diri kerana Allah SWT.
  13. Sentiasa tawadhu'
  14. Jaga adab dengan kitab, sesama pelajar, dan lebih-lebih lagi dengan guru.
  15. Beramal dengan ilmu.
  16. Musyarakah ( kebersamaan dalam melaksanakan ilmu ).


Catatan waktu bertalaqi bersama Al Fadhil Ustaz Muhadir Haji Joll
Khamis
5 April 2012

Tuesday, May 15, 2012

The Memories of A Knowledge Seeker





The memories start here....


‘’PEACE BE UPON YOU,’’ a violent but tranquil voice aroused  the essence of the hall indicating the arrival of the descendant of Imam Hussein son of Ali, peace be upon them. Accompanying the sense and spirit of vicegerent, Habib Ali Al-Jufri was stepping down the steps entering the convention hall full of blessings together with the several deputies of scholars all over the world. This was an unforgettable experience as I was standing in front of those representatives of the Prophet peace be upon him, the exponent of the religion. How amazing it was!
Particularly, I was attending an International Conference of The Opening of the newly university that would be based on Al-Sunnah Wal Jama’ah. It is the University of As Sofa, which would be located in Negeri Sembilan. This convention was to introduce to the people about the importance of diving into circumstances of inculcating the ‘Umma nowadays.
I am remarking this event as my favourite pastime as it has influenced me about the sweetness of knowledge. There are a lot of undefined guidance to be internalized and even obstacles in our efforts in order to seek knowledge. Hence, I took this precious chance to enhance my soul as well as mentality to create a transformation on the concepts of gaining beneficial knowledge.
There are a lot of constructive outcomes pointed by each of the scholars. As for Dr. Abdal Hakim Murad, Dean of The Cambridge Muslim College of United Kingdom, he attributed his discovery to his careful research on the insights from the prophetic legacy for higher education and research. One of his valuable points is that the lesson the people have learned in Britain. The institutions such as his own small Muslim College in Cambridge rigorously avoiding the importation of models developed for another place. This shows that as knowledge seekers, we should eliminate all external forces that would exert and influence on us as it is not in conjunction to our dispositions and it would result in the withdrawal of our own pure objectives.
It was also a delight as well as privilege to mention all the scholars that I met in this splendid occasion. They are Professor Dr. Abdur Razzaq al Sa’adiy, the professor of University Al-Malakiy, Amman, Jordan, Dr. Sayyid Abdul Muni’m ibn Abdul Aziz Al-Ghumari, Hadith Expert of Institute of Hadith Al-Ghummary, Professor Dr. Faruq Hamadah, the Emperor Advisor of Abu Dhabi, and last but not least Habib Ali Zain Al’Abidin ibn Abdul Rahman Al-Jufri, the General Director of Tabah Foundation. It was an honor to observe those scholars and from here, I associated myself with them to instill the best and profound manners in my entire life.
Lastly, I would like to abbreviate all the messages that the scholars has apprised us, the citizen of Malaysia. Each routine in our daily life should be begin and inspired with the divine-sanction and absolutely we should hold tightly the Al-Quran and As-Sunnah with an actual conviction. Hence, do love our Prophet peace be upon him, remove all those vices and remedy and do inculcate the foundation of all praiseworthy traits in our daily live.
This treasure occasion did really give me a transformation on gaining, studying and  practicing the knowledge I seek today and tomorrow.