Tuesday, July 30, 2013

Ingin Kubalas CintaMu Ya Rasulallah

Alhamdulillah. Buku terbaru Ustaz Muhadir, "Ingin Kubalas CintaMu Ya Rasulallah" sudah diterbitkan. 

Semenanjung : RM40.00 senaskhah
Sabah & Sarawak : RM 42.00 senaskhah
Berkulit keras dan berkualiti tinggi
216 ms
Dimuatkan juga dengan pelbagai gambar yang menarik 
Terbitan Galeri Ilmu

*Akan dijual pada malam Maulid Akbar di Masjid UIA PJ dan di Pesta Buku Antarabangsa, PWTC, 26/4/2013 hingga 5/5/2013. Boleh dimiliki sekarang. Hubungi Galeri Ilmu Sdn. Bhd.: 0361421614.



RASULULLAH 

seorang manusia agung. Pembawa rahmat, penyelamat manusia di dunia dan di akhirat. Mencintainya lambang keimanan insan.

Ingin Kubalas Cintamu Ya RASULALLAH

Apakah maksud sebenar cinta kepada Rasulullah   ? 
Buku ini menjelaskan makna, hukum, dan kelebihan mencintai Baginda. Memberikan gambaran kecintaan yang ditunjukkan oleh para Sahabat, tabi'in, dan makhluk selain manusia. Memaparkan kesan cinta kepada Nabi  dalam kehidupan. Diakhiri dengan bingkisan tentang kewafatan Nabi  yang demikian mendalam cintanya kepada umat. Sesuai dimiliki orang yang mencintai, merindui, dan mengharapkan syafaat Baginda sebagai tanda mahabbah kepada Rasulullah .

Sebagai bacaan bonus dan bekalan amal, disertakan dua jenis selawat yang menjadi amalan Imam asy-Syafi'i dan amalan untuk bermimpi bertemu dengan Rasulullah  yang penulis ijazahkan kepada pemilik dan pembaca buku ini.


Friday, July 26, 2013

Segmen Al Qishshah

Ustaz Muhadir Haji Joll di Radio Bernama 24 dalam segmen Al-Qishshah (Kisah Orang-Orang Soleh),

6.45-7.00 pm setiap hari sepanjang bulan Ramadhan bermula Isnin 22/7/2013. Frekuensi 93.9. 
Kisah-kisah berpandukan buku "Keajaiban Firasat: 63 Kisah Pengubat Jiwa" karangan Ustaz Muhadir.



Frekuensi Radio Bernama24
*93.9  - Kawasan Lembah Klang
*107.5- Johor Bahru

Thursday, July 25, 2013

Mutiara Ilmu

Buku karangan Ustaz Muhadir Haji Joll 


1) Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama'
2) 6 Perkara Asas Memahami Khilafiyyah 
3) Keajaiban Firasat: 63 Kisah Pengubat Jiwa
4) Q&A 400 Soal-Jawab Agama Bersama Syaikh Muhammad Nuruddin al-Banjari 
5) Solat Nabi Menurut Mazhab Syafi'e 


*Boleh didapati di Wisma Yakin, KL:

1) Pustaka Darul Nu'man, 0326988495
2) Pustaka Fajar Ilmu Baru, 0326937360
3) Pustaka Rezeki Harapan, 032692394
4) Kedai buku MPH dan Popular (Malaysia)


Friday, May 3, 2013

Buku bertajuk Khilafiah Persoalan & Penjelasan

Alhamdulillah, buku terbaru Ustaz Muhadir, "Khilafiah: Persoalan & Jawapan" telah diterbitkan.


Menjawab 164 perkara yang dikatakan bid'ah & khilafiah 
736 ms
 Berkulit keras
Semenanjung : RM85.00 sebuah
Sabah & Sarawak : RM 87.00 sebuah 
Terbitan Inteam Publishing 

Boleh dapatkan buku tersebut dan temui Ustaz Muhadir di booth Inteam Sdn. Bhd, esok, Sabtu, 4/5/2013 11.30-12.30 tengahari. Hubungi Nordin, 01115304959.

al-Fadhil Ustaz Muhadir Hj. Joll as-Sanariy hafizhahullah ta'ala 



                          

Tuesday, December 11, 2012

Adab-Adab Menuntut Ilmu


بسم الله الرمن الرحيم

Catatan Cinta Ilmu bersama Syaikhuna Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki

1. Ikhlas hanya kerana Allah Subhanahu wa ta’ala.

2. Mempunyai adab yang sangat tinggi.

3. Tawadhu’ tidak kira pada siapa pun. Perlulah merendahkan diri terutama sekali pada hukum Allah Subhanahu wa ta’ala.

4. Bersihkan diri dari zahir dan batin yakni riak, ujub, dendam dan sifat-sfat tercela.

5. Setelah itu, barulah hiasi diri dengan sifat-sifat yang mulia. Sentiasa kemas, tampan, cantik, bagus imej yang terzahirnya. Rambutnya pendek kemas rapi, kukunya sentiasa bersih, misainya dicukur, janggutnya disimpan rapi menampakkan dirinya disenangi orang apabila dilihat. Sesungguhnya Allah itu Cantik maka kita perlulah cintakan kecantikan diri kita yang telah Allah kurniakan.

6. Lihatlah gurumu dengan penuh ta’zim dan layanlah gurumu dengan penuh kehormatan.

Berkata salah seorang daripada salafus sholeh Rahimahullahu ta’ala :
“Aku sanggup menjadi hamba kepada orang yang menyampaikan ilmu kepadaku.”

Berkata lagi Imam As-Syafie Rahimahullahu ta’ala :
“Apabila aku membuka helaian-helaian kitabku di hadapan Imam Malik, aku membukanya dengan perlahan-perlahan kerana aku gerun kepadanya takut-takut dia mendengar bunyi kertas.”

Berkata pula Imam Abu Hanifah Rahimahullahu ta’ala :
“Aku tidak pernah mengunjurkan kakiku ke arah rumah guruku, Imam Hammad kerana rasa hormatku kepadanya, sedangkan jarak rumahku dengan rumahnya dipisah oleh tujuh lorong.”

7. Mengapakah penuntut ilmu itu tidak digalakkan menimba ilmu hanya di tv, laptop dan mp3?
Kerana teknologi tidak akan menegur kita sekiranya kita tidak beradab. Boleh saja entum makan, minum, sambil baca surat khabar mendengar syaikh berbicara di dalam Youtube misalnya. Tiada siapa yang boleh menegur jadinya tiada wujudnya keberkatan ilmu yang diperoleh.

8. Syaikh sambung perihal adab menuntut ilmu dengan satu cerita yang melibatkan anak kepada seorang Khalifah. Semasa majlis ilmu berlangsung, anak kepada Khalifah ini bertanyakan kepada Imam Tok Guru dengan tidak beradab seolah-olah tidak hormat pada gurunya. Lalu Imam tersebut tidak memandang kepadanya apatah lagi menjawab soalan yang diajukannya. Hal ini kerana Imam tersebut mengatakan Ilmu itu lebih mulia dari dirimu wahai anak kepada Khalifah. Anak murid perlulah memandang kepada gurunya dengan ta’zim dan penuh dengan pandangan Rahmat.

9. Ada satu perkara yang belum pernah dibuat oleh penuntut ilmu pada zaman ini yang diamalkan oleh para salafaus sholeh zaman dahulu. Sebelum mereka pergi mengaji menuntut ilmu dengan guru mereka, mereka akan bersedeqah berdoa agar tok gurunya ditutupkan aib beliau yang boleh menghilangkan keberkatan ilmu. Betapa hebatnya adab para salafus sholeh ini terhadap ilmu yang dituntut.

10. Syaikh menceritakan lagi tentang Imam As-Syafie yang setelah berumur 40 tahun baru berkahwin kerana ingin memenuhkan diri dengan ilmu terlebih dahulu baru ingin berumah tangga mempunyai anak dan isteri. Syaikh menasihatkan para penuntut ilmu agar contohilah Imam As-Syafie, tuntutlah ilmu sebanyak-banyaknya sebelum dirimu mempunyai lagi satu tanggunggjawab yang besar yakni perkahwinan.

11. Bagaimana untuk seseorang itu melawan hawa nafsu setelah meninggalkan kejahatan?
Perlulah diri tersebut meninggalkan kawasan yang tidak mendorong dirinya berubah malah menambahkan godaan-godaan yang negative kepada tempat-tempat yang penuh dengan mahabbah, suasana Islam. Diri perlulah nekad untuk berubah. Di situ, akan adanya insan-insan yang sering mengingatkan diri apabila terleka, terlalai daripada perintah-Nya.

Ingatlah kepada semua tholibul elilm (penuntut ilmu), hendaklah setiap ilmu yang dipelajari itu diamal serta dipraktikkan selama mana kita hidup di dunia ini. Allahu ‘alam.

Segala kekurangan dalam penulisan ini harap diperbetulkan agar dapat kita manfaatkannya bersama. JazakAllahu khairan.

Allahumma Solli ‘ala Sayyidina Muhammad.
 

Kelebihan Menuntut Ilmu



بسم الله الرمن الرحيم

Catatan Cinta Ilmu bersama Syaikhuna Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki

1. Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam bersabda dalam hadith yang bermaksud tiada hasad melainkan untuk 2 golongan ini yakni lelaki yang dianugerahkan ilmu lantas dia mengamalkannya dan mengajarkannya kepada orang lain. Dan yang kedua ialah pemuda yang dianugerahkan harta dan dia menggunakannya ke jalan kebenaran.
Hal ini bermakna selain daripada atas alasan di atas adalah tidak dibolehkan dalam kehidupan seharian kita. Adapun kita cemburu kerana kecantikan seseorang itu haram hukumnya.
Syaikh menekankan bahawasanya tiada apa pun pemberian Allah Azza Wa Jalla yang lebih afdhal melainkan Ilmu. Allah betapa nikmat dan untungnya seseorang itu apabila dikurniakan ilmu, dianugerahi dengan semangat untut menuntut ilmu serta mengajarkannya kepada orang di sekelilingnya.

2. Bagaimana untuk mengelakkan diri daripada terkena sihir?
Tiada apa yang boleh perisai diri kita dari apa pun yakni jin dan syayatin (syaitan) melainkan zikrullah. Dengan itu, Nabiyyuna shollallahu ‘alaihi wasallam mengajar kita zikir di pagi dan petang, selepas solat Subuh, dan zikir-zikir lainnya. Surah al-Baqarah, dan banyak lagi Surah lain yang dapat menghalangi kita dari sihir. Wa ha kaza, isilah dirimu dengan Ilmu…

3. Bagaimana untuk kita mengelakkan pembaziran?
Adapun pembaziran itu dari istilah ulama’, erti kata contoh situasi kita membeli makanan hingga keterlaluan banyaknya sehingga mengakibatkan ada yang terbuang. Sekiranya situasi seperti seseorang itu di hadapannya ada terlalu banyak macam jenis makanannya lalu dia memakannya sehingga keterlaluan kenyangnya, itu tidak mengapa bagi pandangan ulama’ erti kata ianya bukan dari kategori pembaziran.
Yang pertama Syaikh menekankan sekali lagi tentang Ilmu. Perlulah diri dipenuhi dengan ilmu agar kita akan sentiasa ingat dan bertanya pada diri sendiri apakah kita beli ini akan mengakibatkan terbazir atau tidak.
Yang kedua Syaikh menasihatkan bahawa kita renung sejenak akan nasib saudara kita yang tidak mempunyai makanan, pakaian, dan lainnya seperti kita. Alangkah besarnya nikmat yang Allah Subhanahu wa ta’ala beri kepada kita tapi tidak disyukurinya.

4. Rasululllah shollallahu ‘alaihi wasallam mengumpamakan orang yang memberi ilmu kepada orang yang tidak berminat dengan ilmu ialah seperti orang yang mengkalungkan emas dan permata kepada anjing dan babi. Lihat betapa ‘jelek’nya golongan ini sekiranya mereka tidak menghentikan penyampaian mereka. Situasi seperti seorang penyampai yang sedang menyampaikan ilmu sedangkan pendengarnya sedang membaca majalah, makan dan duduk dengan silang kaki tidak beradab. Secara logiknya, kerja-kerja ini hanya orang-orang yang tidak siuman sahaja yang berbuat demikian. Mana mungkin orang yang cinta akan ilmu beradab seperti kepada gurunya.

5. Seperti yang sering dikhabarkan kepada kita tentang isu-isu Palestin dan Syria baru-baru ini. Ramai yang syahid dalam peperangan. Apakah kita tidak mahu seperti mereka? Idzan, tuntutlah ilmu sehingga diri kita meninggalkan dunia. Bak kata pepatah tuntutlah ilmu dari dalam buaian sehingga ke liang lahad. Supaya kita mendapat pahala sama seperti orang yang mati syahid yakni pahala syahadah.
Orang yang keluar untuk menuntut ilmu akan diampunkan dosanya oleh Rabbul ‘Alamin.
Cuba kita renung sejenak tentang bangsa Yahudi Zionist yang telah banyak menyusahkan bahkan menghancurkan saudara-mara kita di sana. Apa mungkin mereka boleh ibadat dengan tenang di sana, zikir dengan nyaman, menghadiri majlis-majlis ilmu seperti ini? Jadi bagi kita di sini, hadirkanlah diri ke majlis-majlis Ilmu, tanamkan niat untuk menuntut ilmu pengetahuan di atas muka bumi ini agar apabila tiba saat dicabut nyawa kita, kita dapat pahala syahadah itu.
Ingatlah jangan korbankan kebahagiaan yang untuk selama-lamanya dengan kebahagiaan yang sekejap di dunia ini. Kerana kebahagiaan di akhirat adalah untuk selamanya tetapi kebahagiaan di dunia ini hanya untuk sementara sahaja.

6. Nabi shollallahu ‘alaihi wasallam berkata dalam hadith yang bermaksud
1 bidang ilmu yang dipelajari lebih bermanfaat daripada 1000 rakaat solat manakala 1 bidang ilmu yang diajari adalah lebih baik daripada 100 rakaat solat.

7. Analogi yang diberi Syaikhuna sebentar tadi, sekiranya kita asyik saja melihat akan harga-harga kereta yang diidami di majalah, surat khabar dan sebagainya dengan niat nak membelinya. Maka Allah akan tunaikannya. Jadi apalah kita sekiranya asyik menghadirkan diri ke taman-taman syurga (majlis ilmu) maka Allah akan mendatangkan kita ke syurga-Nya jua…
Allahu ‘alam. Kepada sahabat-sahabat serta para pembaca, mohon maaf atas segala kekurangan dalam perkongsian ini. Sekadar ingin berkongsi qalam-qalam Murobbi tercinta.

Allahumma Solli ‘ala Sayyidina Muhammad


Sekiranya terdapat kesalahan dalam catatan ini harap ditegur agar dapat dimanfaatkan bersama. JazakAllahu khairan.

Friday, November 16, 2012

Qasidah Al-Jalaliyah


Qasidah al-Jalaliyah

قصيدة الجلالية للشيخ أحمد جمهوري المكي
أداء فرقة الفتح المبين الماليزية
Qasidah al-Jalaliyah, written by Shaykh Ahmad Djamhuri al-Makki
performed by Fathul Mubin, Maktab Mahmud Alor Setar.

نَبِيُّنَا رَسُوْلُ الله # وَشَافِعُنَا حَبِيْبُ الله
وَمَوْلَانَا خَلِيْلُ الله # عَلَيْهِ صَلَاتُنَا يَا الله
Nabi kami yang mulia Rasulullah
Yang mensyafaati kami Habibullah
Yang mencintai kami Khalilullah
Atas Beliau sholawat kami ya Allah

رَسُولُ الله كَلِيْمُ الله # وَأَعْلَى أَنْبِيَاءِ الله
رَسُوْلُ الله صَفِيُّ الله # إمَامُ المُتَّقِيْنَ الله
Rasulullah julukanNya Kalimullah
Yang tertinggi dari sekalian Nabiyullah
Rasulullah pilihan utama dari Allah
Imam bagi yang taqwa kepada Allah

أتَانَا رَحْمَةُ المُهْدَاة # فَآمَنَّا بِهِ يَا الله
فَوَفِقْنَا وَأكْرِمْنَا # بِحُسْنَى وَالرِّضَا يَا الله
Datang Dia bagi kami sebagai Rahmah
Kami beriman kepada Beliau ya Allah
Muliakan dan beri taufiq kami ya Allah
Dengan khusnul khatimah dan redhamu ya Allah

إلَهِي عَافِنَا جَمْعًا # مِنَ الأمْرَاضِ يَا الله
وَطَهِّرْنَا مِنَ الأوْزَار # بِفَضْلٍ مِنْكَ يَا الله
Afiatkanlah sekalian kami ya Allah
Hindarkan dari segala penyakit ya Allah
Bersihkan kami dari segala dosa-dosa ya Allah
Dari Engkau, itu karunia ya Allah

إلَهِي اغْفِرْ مَعَ الأبَوَيْن # إلَهِي ارْحَمْهُمَا يَا الله
إلَهِي اسْتُرْ جَمِيْعَ الْحَال # وَلَا تَكْشِفْ بِنَا يَا الله
Ampunilah ibubapa kami ya Allah
Rahmatilah mereka berdua ya Allah
Tutupilah kejelekan kami ya Allah
Jangan ditampakkan yang itu ya Allah

إلَهِي وَاهْدِنَا دَوْمًا # لِما تَرْضى بِهِ يَا الله
وَكُنْ عَوْنًا لَنَا يَا رَبّ # بِدَارَيْنِ مَعًا يَا الله
Senantiasa beri Hidayah kami ya Allah
Buat menuntut keredhaanMu ya Allah
Engkau adalah penolong kami ya Allah
Dalam dunia serta akhiratnya ya Allah

وَأَنْزِلْنَا بِفِرْدَوْسٍ # بِقُرْبِ مُحَمَّدٍ يَا الله
لِنَنْظُرْ وَجْهَكَ البَاقِي # بِحُبِّ المُصْطَفَى يَا الله
Tempatkan kami di Syurga Firdausi ya Allah
Di samping Nabi Muhammad ya Allah
Buat memandang dzat Engkau ya Allah
Kami Cinta Nabi pilihanMu ya Allah

عَلَى أَحْمَدْ صَلَاةُ الله # عَلَى الهَادِى سَلَامُ الله
وَآلٍ مَعْ صَحَابَتِهِ # دَوَامًا سَرْمَدًا يَا الله
Atas Nabi Ahmad sholawatKau ya Allah
Atas Beliau / Alhadi salamKau ya Allah
Serta keluarga dan sahabatNya ya Allah
Yang demikian selama-lamanya ya Allah





_______________________________________________
Calligraphy by: http://www.facebook.com/profile.php?id=100000653011238

Sekiranya ada pembetulan dalam penulisan ni, feel free to correct me.
JazakAllahu khairan kathira.
Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad