Asma al-Husna yg ke-38 ialah ''Al-Kabir'' yang bererti '' Tuhan yang Maha Besar''. Kebesaran Allah S.W.T. itu tidak dapat diukur oleh ilmu yang ada pada manusia yang terlalu sedikit dan dangkal itu.
Fadhilat @ Khasiatnya
- Sesiapa yang berwirid dengan ''Al-Kabir'' atau ''Ya Kabir'' sebanyak 232 kali selepas menunaikan solat fardhu, insyaAllah akan terbuka pintu ilmu dan makrifat bagi mereka. Sekiranya mereka orang yang menanggung hutang, insyaAllah dengan keberkatan wirid kalimah Asma Al-Husna itu Allah S.W.T. akan datangkan rasa upaya utk berusaha mengatasi beban hutang itu.
- Orang yang malang kerana kehilangan pangkat atau pekerjaan sangat digalakkan untuk beramal dengan Asma Al-Husna Ya Kabir ini. Sekiranya mereka berwirid dengan Asma Al-Husna itu sebanyak 1000 kali setiap hari selama 7 hari, insyaAllah pangkat dan pekerjaan mereka akan kembali dimilikinya dengan izin Allah S.W.T.
- Dengan membaca '' Ya Kabir''sebanyak 100 kali setiap hari insyaAllah mereka akan mendapat kemuliaan dari sisi Allah S.W.T.
- Para pelajar yang kan menghadapi peperiksaan dan mengharap kelulusan yang cemerlang dalam ujian, di mereka berusaha bersungguh-sungguh digalakkan supaya berwirid dengan ''Ya Kabir'' sebanyak 232 kali, insyaAllah mereka akan lulus dengan cemerlang. Yakinlah dengan amal itu serta berharap kepada Allah supaya diperkenankan hajatnya itu.
Inilah serba sedikit perkongsian yang dapat diamalkan bersama insyaAllah. Amalan inilah yang sering diamalkan oleh rakan seperjuangan OHANA selama kami bersama berjuang dalam peperangan SPM 2010. Berkat daripada usaha guru kami untuk mengamalkan zikir ini, kami bersemangat untuk mengamalkannya walaupun kepenatan menghalangi kami daripada perkara yang mulia ini.Moga-moga segala yang diamalkan dapat berterusan dengan istiqamah....
No comments:
Post a Comment