Sunday, October 20, 2013

DAGING KORBAN

Bolehkah daging korban diberikan kepada non-Muslim?

Jawapan : Dalam mazhab Syafi'e kita, hukumnya  tidak boleh kerana : 

(1) Korban adalah ibadah. Tidak boleh orang bukan Islam terlibat sama dalam ibadah orang Islam seperti tidak boleh mereka turut sama dalam ibadah solat. 

(2) Korban seperti zakat. Harta zakat hanya boleh diberikan kepada 8 asnaf orang Islam sahaja. 




Jalan keluar: 
Cara kalau nak bagi pada non-muslim: 
Orang yang berkorban, bagi daging kepada sesiapa sahaja umpmanya A. Setelah daging itu menjadi milik A, maka A boleh bagi pada non-muslim sebab daging itu sudah jadi milik dia, bukan lagi milik orang yang berkorban. Sama juga jawapannya dengan daging aqiqah. Wallahu a'lam. 

(Al-Faqir, Ustaz Muhadir, MTAN)

Wednesday, August 7, 2013

Amalan Malam Hari Raya

[Amalan Malam Hari Raya] 

1-Solat Tahajjud
2-Solat Tasbih (4 rakaat 2 salam) 
3-Solat Taubah
4-Solat Hajat
5-Al-Ikhlas (25x)
6-Laa ilaaha illallaah (1000x), kemudian baca Allaahumma thabbitnaa bi qaulith thaabit (3x)
7-Sayyidul Istighfar (3x)
8-Istighfar biasa (1000x)
9-Selawat (1000x)
10-Yaa Hayyu Yaa Qayyuum, Laa ilaaha illaa Anta (40x)
11-Yaa Hayyu Yaa Qayyuum, Ahyil Quluuba Tahyaa, wa ashlih lanal a'maala fid diini wad dunyaa (18x)
12-Baca Ratibul Haddad dengan niat mendapat Husnul Khatimah. 

Silakan untuk dipanjang-panjangkan. 

(Al Fadhil Ustaz Muhadir Hj. Joll as-Sanariy, Syawal 1434H)

اللهم صل على سيدنا محمد


Tuesday, July 30, 2013

Ingin Kubalas CintaMu Ya Rasulallah

Alhamdulillah. Buku terbaru Ustaz Muhadir, "Ingin Kubalas CintaMu Ya Rasulallah" sudah diterbitkan. 

Semenanjung : RM40.00 senaskhah
Sabah & Sarawak : RM 42.00 senaskhah
Berkulit keras dan berkualiti tinggi
216 ms
Dimuatkan juga dengan pelbagai gambar yang menarik 
Terbitan Galeri Ilmu

*Akan dijual pada malam Maulid Akbar di Masjid UIA PJ dan di Pesta Buku Antarabangsa, PWTC, 26/4/2013 hingga 5/5/2013. Boleh dimiliki sekarang. Hubungi Galeri Ilmu Sdn. Bhd.: 0361421614.



RASULULLAH 

seorang manusia agung. Pembawa rahmat, penyelamat manusia di dunia dan di akhirat. Mencintainya lambang keimanan insan.

Ingin Kubalas Cintamu Ya RASULALLAH

Apakah maksud sebenar cinta kepada Rasulullah   ? 
Buku ini menjelaskan makna, hukum, dan kelebihan mencintai Baginda. Memberikan gambaran kecintaan yang ditunjukkan oleh para Sahabat, tabi'in, dan makhluk selain manusia. Memaparkan kesan cinta kepada Nabi  dalam kehidupan. Diakhiri dengan bingkisan tentang kewafatan Nabi  yang demikian mendalam cintanya kepada umat. Sesuai dimiliki orang yang mencintai, merindui, dan mengharapkan syafaat Baginda sebagai tanda mahabbah kepada Rasulullah .

Sebagai bacaan bonus dan bekalan amal, disertakan dua jenis selawat yang menjadi amalan Imam asy-Syafi'i dan amalan untuk bermimpi bertemu dengan Rasulullah  yang penulis ijazahkan kepada pemilik dan pembaca buku ini.


Friday, July 26, 2013

Segmen Al Qishshah

Ustaz Muhadir Haji Joll di Radio Bernama 24 dalam segmen Al-Qishshah (Kisah Orang-Orang Soleh),

6.45-7.00 pm setiap hari sepanjang bulan Ramadhan bermula Isnin 22/7/2013. Frekuensi 93.9. 
Kisah-kisah berpandukan buku "Keajaiban Firasat: 63 Kisah Pengubat Jiwa" karangan Ustaz Muhadir.



Frekuensi Radio Bernama24
*93.9  - Kawasan Lembah Klang
*107.5- Johor Bahru

Thursday, July 25, 2013

Mutiara Ilmu

Buku karangan Ustaz Muhadir Haji Joll 


1) Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama'
2) 6 Perkara Asas Memahami Khilafiyyah 
3) Keajaiban Firasat: 63 Kisah Pengubat Jiwa
4) Q&A 400 Soal-Jawab Agama Bersama Syaikh Muhammad Nuruddin al-Banjari 
5) Solat Nabi Menurut Mazhab Syafi'e 


*Boleh didapati di Wisma Yakin, KL:

1) Pustaka Darul Nu'man, 0326988495
2) Pustaka Fajar Ilmu Baru, 0326937360
3) Pustaka Rezeki Harapan, 032692394
4) Kedai buku MPH dan Popular (Malaysia)


Friday, May 3, 2013

Buku bertajuk Khilafiah Persoalan & Penjelasan

Alhamdulillah, buku terbaru Ustaz Muhadir, "Khilafiah: Persoalan & Jawapan" telah diterbitkan.


Menjawab 164 perkara yang dikatakan bid'ah & khilafiah 
736 ms
 Berkulit keras
Semenanjung : RM85.00 sebuah
Sabah & Sarawak : RM 87.00 sebuah 
Terbitan Inteam Publishing 

Boleh dapatkan buku tersebut dan temui Ustaz Muhadir di booth Inteam Sdn. Bhd, esok, Sabtu, 4/5/2013 11.30-12.30 tengahari. Hubungi Nordin, 01115304959.

al-Fadhil Ustaz Muhadir Hj. Joll as-Sanariy hafizhahullah ta'ala 



                          

Tuesday, December 11, 2012

Adab-Adab Menuntut Ilmu


بسم الله الرمن الرحيم

Catatan Cinta Ilmu bersama Syaikhuna Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki

1. Ikhlas hanya kerana Allah Subhanahu wa ta’ala.

2. Mempunyai adab yang sangat tinggi.

3. Tawadhu’ tidak kira pada siapa pun. Perlulah merendahkan diri terutama sekali pada hukum Allah Subhanahu wa ta’ala.

4. Bersihkan diri dari zahir dan batin yakni riak, ujub, dendam dan sifat-sfat tercela.

5. Setelah itu, barulah hiasi diri dengan sifat-sifat yang mulia. Sentiasa kemas, tampan, cantik, bagus imej yang terzahirnya. Rambutnya pendek kemas rapi, kukunya sentiasa bersih, misainya dicukur, janggutnya disimpan rapi menampakkan dirinya disenangi orang apabila dilihat. Sesungguhnya Allah itu Cantik maka kita perlulah cintakan kecantikan diri kita yang telah Allah kurniakan.

6. Lihatlah gurumu dengan penuh ta’zim dan layanlah gurumu dengan penuh kehormatan.

Berkata salah seorang daripada salafus sholeh Rahimahullahu ta’ala :
“Aku sanggup menjadi hamba kepada orang yang menyampaikan ilmu kepadaku.”

Berkata lagi Imam As-Syafie Rahimahullahu ta’ala :
“Apabila aku membuka helaian-helaian kitabku di hadapan Imam Malik, aku membukanya dengan perlahan-perlahan kerana aku gerun kepadanya takut-takut dia mendengar bunyi kertas.”

Berkata pula Imam Abu Hanifah Rahimahullahu ta’ala :
“Aku tidak pernah mengunjurkan kakiku ke arah rumah guruku, Imam Hammad kerana rasa hormatku kepadanya, sedangkan jarak rumahku dengan rumahnya dipisah oleh tujuh lorong.”

7. Mengapakah penuntut ilmu itu tidak digalakkan menimba ilmu hanya di tv, laptop dan mp3?
Kerana teknologi tidak akan menegur kita sekiranya kita tidak beradab. Boleh saja entum makan, minum, sambil baca surat khabar mendengar syaikh berbicara di dalam Youtube misalnya. Tiada siapa yang boleh menegur jadinya tiada wujudnya keberkatan ilmu yang diperoleh.

8. Syaikh sambung perihal adab menuntut ilmu dengan satu cerita yang melibatkan anak kepada seorang Khalifah. Semasa majlis ilmu berlangsung, anak kepada Khalifah ini bertanyakan kepada Imam Tok Guru dengan tidak beradab seolah-olah tidak hormat pada gurunya. Lalu Imam tersebut tidak memandang kepadanya apatah lagi menjawab soalan yang diajukannya. Hal ini kerana Imam tersebut mengatakan Ilmu itu lebih mulia dari dirimu wahai anak kepada Khalifah. Anak murid perlulah memandang kepada gurunya dengan ta’zim dan penuh dengan pandangan Rahmat.

9. Ada satu perkara yang belum pernah dibuat oleh penuntut ilmu pada zaman ini yang diamalkan oleh para salafaus sholeh zaman dahulu. Sebelum mereka pergi mengaji menuntut ilmu dengan guru mereka, mereka akan bersedeqah berdoa agar tok gurunya ditutupkan aib beliau yang boleh menghilangkan keberkatan ilmu. Betapa hebatnya adab para salafus sholeh ini terhadap ilmu yang dituntut.

10. Syaikh menceritakan lagi tentang Imam As-Syafie yang setelah berumur 40 tahun baru berkahwin kerana ingin memenuhkan diri dengan ilmu terlebih dahulu baru ingin berumah tangga mempunyai anak dan isteri. Syaikh menasihatkan para penuntut ilmu agar contohilah Imam As-Syafie, tuntutlah ilmu sebanyak-banyaknya sebelum dirimu mempunyai lagi satu tanggunggjawab yang besar yakni perkahwinan.

11. Bagaimana untuk seseorang itu melawan hawa nafsu setelah meninggalkan kejahatan?
Perlulah diri tersebut meninggalkan kawasan yang tidak mendorong dirinya berubah malah menambahkan godaan-godaan yang negative kepada tempat-tempat yang penuh dengan mahabbah, suasana Islam. Diri perlulah nekad untuk berubah. Di situ, akan adanya insan-insan yang sering mengingatkan diri apabila terleka, terlalai daripada perintah-Nya.

Ingatlah kepada semua tholibul elilm (penuntut ilmu), hendaklah setiap ilmu yang dipelajari itu diamal serta dipraktikkan selama mana kita hidup di dunia ini. Allahu ‘alam.

Segala kekurangan dalam penulisan ini harap diperbetulkan agar dapat kita manfaatkannya bersama. JazakAllahu khairan.

Allahumma Solli ‘ala Sayyidina Muhammad.