Tuesday, January 28, 2014

KENAL UNTUK CINTA


KENAL UNTUK CINTA

BIOGRAFI LENGKAP RASULULLAH  

Ketahui serba-serbi tentang Rasulullah   dan soroti kronologi setiap peristiwa sepanjang perjalanan hidup baginda. Membawa pembaca 'melihat' kehidupan Nabi   dari awal kelahiran sehingga Baginda dijemput Allah menemui-Nya. 

"Rindu kepada negeri Madinah al-Munawwarah dan rindu kepada penerangnya, (Munawwiruha, iaitu Rasulullah) adalah di antara tanda iman yang mantap, kerana orang yang kenal Baginda Rasulullah  pasti mencintainya. Dan sudah pasti orang yang lembaran hatinya dipenuhi dengan rasa cinta kepada Baginda   akan hiba hatinya setiap kali disebut nama Baginda, bahkan air mata pun akan mengalir membasahi pipinya dan mulutnya pula mesti akan bergerak dengan tuturan selawat dan salam ke haribaannya. Dan natijah yang akan wujud daripada cinta yang mendalam itu akan lahir kesungguhan dan kekuatan untuk membela agamanya dan sanggup berkorban apa sahaja untuk kekasih yang mulia yang sangat diharapkan syafaat dan bantuannya pada hari kiamat nanti."
(Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki)
Pengasas Pondok Pesantren Yasin, Kalimantan.


KHILAFIAH: PERSOALAN &PENJELASAN 

"Kehadiran buku 'Khilafiah: Persoalan & Penjelasan - Meluruskan Kekeliruan Dalam Masyarakat Melalui Pencerahan Ulama Panduan Umat' adalah tepat pada masnya. Saya percaya ia akan menjadi rujukan yang sangat berguna dalam menjawab persoalan khilafiah yang ditimbulkan di dalam masyarakat. Tujuan penulisan buku ini pula seperti yang disebutkan oleh penulisnya, adalah sejajar dengan usaha JAKIM dalam memberi kefahaman Islam yang benar, di samping mempertahankan kesucian akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah dan mengekalkan keharmonian masyarakat."
(Yg. Bhg. Dato' Haji Wan Mohamad bin Dato' Sheikh Abdul Aziz)
Mantan Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).


RATIB AL-HADDAD

Ratib al-Haddad adalah antara amalan Ratib yang sangat terkenal dan telah diamalkan di seluruh dunia sejak dahulu lagi. Ia telah menjadi amalan para auliya', ulama' dan orang yang ingin mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah SWT. Oleh kerana kemasyhuran dan keberkatan Ratib ini, ia juga dikenali dengan nama ar-Ratib asy-Syahir (Ratib yang Termasyhur). Wirid dan Ratib ini disusun berdasarkan ayat-ayat al-Quran, doa, selawat dan istighfar, yang dipetik daripada al-Quran dan hadith Rasulullah  serta amalan para ulama' Salafus Soleh. 


INGIN KU BALAS CINTAMU YA RASULALLAH  

Apakah maksud sebenar cinta Rasulullah  ? Buku ini menjelaskan makna, hukum, dan kelebihan mencintai Baginda. Memberikan gambaran kecintaan yang ditunjukkan oleh para Sahabat, tabi'in, dan makhluk selain manusia. Memaparkan kesan cinta kepada Nabi   yang demikian mendalam cintanya kepada umat. Sesuai dimiliki orang yang mencintai, merindui, dan mengharapkan syafaat Baginda sebagai tanda mahabba kepada Rasulullah  . Sebagai bacaan bonus dan bekalan amal, disertakan dua jenis selawat yang menjadi amalan Imam asy-Syafi'i dan amalan untuk bermimpi bertemu dengan Rasulullah  yang penulis ijazahkan kepada pemilik dan pembaca buku ini. 


Q&A BERSAMA TUAN GURU SYAIKH NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MALIKI

"Saya bersukur ke hadrat Allah SWT atas usaha beberapa ikhwan pengajian yang telah mengumpul soalan-soalan yang pernah saya jawab di dalam sebuah CD. Saya sangat berbesar hati juga dengan usaha murni salah seorang daripada murid saya, Ustaz Muhadir Hj. Joll, yang telah menyalin semula kesemua kandungan soal jawab dalam CD ini ke dalam sebuah buku seperti yang ada sekarang ini. Tentunya usaha ini bukanlah mudah tanpa himmah (kesungguhan) yang tinggi kerana ia mengambil masa selama 12 jam untuk mendengar keseluruhan kandungannya, di samping belum ada kategori dan tajuk khusus untuk setiap soalan dan jawapan. Semoga Allah SWT membalas usaha beliau ini dengan sebaik-baik balasan, Amin..."
(Al-Alim al-Faqih, Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki)


KEAJAIBAN FIRASAT

"Kisah-kisah yang termuat di dalam buku ini dibuat secara ringkas, jelas dan padat. Buku ini diharapkan berguna dan sebagai pedoman untuk semua lapisan masyarakat membaca, terutamanya para pendakwah, pendidik, pelajar, orang awam bahkan pemimpin-pemimpin masyarakat di semua peringkat. Saya yakin dengan membaca buku ini, kita akan mendapat beribu-ribu hakikat untuk mengamalkan segala nasihat yang terkandung dalam kisah-kisah yang menarik ini. Milikilah buku ini, bacalah dan amalkanlah."
(Dr. Nima Jehtae)
Pensyarah, Jabatan Ilmu Wahyu dan Warisan Islam (UIAM), Petaling Jaya.


SOLAT NABI  MENGIKUT MAZHAB IMAM SYAFIE

"Risalah seperti ini mesti dijadikan contoh kepada para pendakwah masa kini untuk memartabatkan ilmu dan memperkukuhkan pengetahuan dalam ilmu Mazhab Syafi'e. Aliran Ahli Sunnah kini makin diancam oleh mereka-mereka yang beraliran Wahabiah, sehinggakan wujud orang yang berani menyalahkan Imam Syafi'e. Suasana ini amat mebimbangkan kita. Semoga dengan terbitnya naskhah yang bertajuk "Solat Nabi  Menurut Mazhab Syafi'e" ini amat dihargai bagi memastikan generasi hadapan tidak keliru dan hanya mengikut-ikut dalam melakukan ibadat lebih-lebih lagi kita berhadapan dengan dunia yang wujud pelbagai aliran kefahaman. Mudah-mudahan buku ini dapat mengukuhkan kefahaman kepada masyarakat tentang ilmu Mazhab Syafi'e yang sahih agar masyarakat kita tidak terpengaruh dengan dakwaan Wahabiah yang mempertikaikan amalan bermazhab ini. Fahaman Wahabiah hanya memakai hujjah Al-Quran dan Hadith dari Imam Mazhab empat termasuklah Imam Syafi'e sendiri terlebih dahulu. Amat jahil mereka menolak aliran Mazhab sedangkan Imam-Imam Mazhab lebih memahami Al-Quran dan Hadith serta terlebih 'alim berbanding ilmu kita..."
(Tuan Guru Haji Salleh)
Sik, Kedah

Buku karangan Ustaz Muhadir Haji Joll: 

1) Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama', 
2) 6 Perkara Asas Memahami Khilafiyyah, 
3) Keajaiban Firasat: 63 Kisah Pengubat Jiwa, 
4) Q&A 400 Soal-Jawab Agama Bersama Syaikh Muhammad Nuruddin al-Banjari, 
5) Solat Nabi Menurut Mazhab Syafi'e. 


Boleh didapati di Wisma Yakin, KL: 
1) Pustaka Darul Nu'man, 0326988495
2) Pustaka Fajar Ilmu Baru, 0326937360
3) Pustaka Rezeki Harapan, 0326923940.

Buku terbaru : 
1) Biografi Lengkap Rasulullah SAW 
2) Ingin Ku Balas Cintamu Ya Rasulallah 
*Boleh didapatkan di Kedai Buku MPH dan Popular. 
*Boleh juga lihat promosi buku secara online di www.galeriilmu.com dan promosi di website ini terbuka sehingga 15/2/2014. 

Allahu 'alam.