Sunday, November 20, 2011

MUNAFIK KAH KITA?

BHGN 2

Ustazah kata Allah akan tempatkan orang yang munafik di dalam neraka yang paling dasar. MasyaAllah, SubhanAllah, Allahuakbar. Ya Allah, jauhilah hamba-Mu yang hina ini daripada seksaan neraka-Mu ya Rabbal Alamin.

Allah S.W.T. Maha Pengampun lagi Penyayang. Sekiranya kita sempat bertaubat InsyaAllah Dia akan memperhitungkannya. Untuk membersih dan mengelakkan diri ini daripada sifat munafik, marilah kita bertaubat sebelum terlambat. Taubat Nasuha. Jangan diulangi lagi perbuatan itu. Dan yang sering dinasihati para guru yang tinggi ilmunya, kita perlu bersolat jemaah selama 40 hari berturut-turut tanpa menjadi makmum masbuk. InsyaAllah titik munafik itu akan hilang di dalam hati seorang mukmin itu.

Rosaknya rohaniah seseorang itu adalah dengan wujudnya hasad, riak dan ujub di dalm hati mereka. Oleh itu, kita harus berusaha untuk tidak melahirkannya dalam hati kita yang suci ini sebagai umat Islam yang mukmin. WAllahualam.

MUNAFIK KAH KITA?

BHGN 1

Munafik bermaksud berpura-pura beriman kepada Allah S.W.T.. Dalam erti kata lain nifak. Nifak dalam bahasa Arab bermaksud melahirkan kebaikan tetapi menyembunyikan kejahatan. Mereka berpura-pura beriman kepada Allah S.W.T. dan pesuruh-Nya tetapi hakikatnya mereka tidak menerima ajaran Islam. Mereka beriman untuk mendapatkan sesuatu. Golongan ini sentiasa mencari jalan untuk menghancurkan dan memusnahkan umat Islam tanpa mengira pangkat, darjat , dan keturunan. Orang munafik amat mudah untuk dikenali melalui sifat-sifat mereka dalam kehidupan harian. Antaranya ialah :

~ apabila bercakap, dia berdusta

~ apabila diberi amanah dia khianati

~ apabila bertengkar, dia melampaui batas

~ apabila berjanji, dia mungkir

Namun begitu, kita fikir dan muhasabah balik tengok refleksi diri kita adakah kita mempunyai 4 ciri-ciri di atas yang kita selalu amalkan dalam hidup kita?

Terdetik di dalam hati rasa-rasanya aku ni tak tergolong dalam golongan itu kot. Sebab nya aku tak pernah tipu orang. Tapi dulu masa kecil ada la main tipu-tipu kawan. Tapi sekarang dah besar dah taubat. Setiap hari aku buat solat sunat taubat. Dah kira okay la tu kan. Kalau nak kata amanah aku sebagai hamba Allah , aku sembahyang 5 kali sehari tak pernah tinggal. Bak kata orang perfect lah. Belajar bersungguh-sungguh , ikut macam mak dan ayah aku suruh. Anak solehah la tu kan. Aku pun tak pernah la pulak berperang bagai nak rak. Aku selalu je menepati janji. Assignment hantar je. Punctual pulak tu.

Tapi, secara kasarnya memang la 4 ciri-ciri di atas merupakan amalan yang diamalkan oleh golongan munafik di dalam kehidupan harian mereka. Kita tengok balik waktu nak bangun solat Subuh kita yang pukul 5.45 pagi tu. Amboi bukan main liat. Jam loceng dah menjerit bagai nak pecah setengah jam pulak tu. Tak bangun-bangun. Kalau dah bangun tu tengok eh awal lagi la nak-nak cuaca sejuk tarik selimut sambung tidur balik. Aduhai. Saya la tu.

Orang munafik pada hari ini akan merasa solat Subuh tu merupakan perkara yang paling susah di dalam hidup mereka. Tapi kalau solat Maghrib bukan main punctual. Saf depan dalam solat berjemaah. Kalau kita perasan di masjid-masjid dan surau-surau, solat maghrib penuh jemaah sampai tak muat musolla. Tapi kalu solatt Subuh, nak penuh satu saf pun tak kesampaian. Jadi, kalau nak tengok orang yang betul-betul mukmin tu, dialah yang menyertai solat Subuh berjemaah di masjid,surau dan sebagainya. Yang solat Maghrib sahaja dia berjemaah tu waAllahualam. Tapi kat sini bukannya saya nak kate kite boleh tengok kemunafikan seseorang tu terletak pada penyertaan seseorang di dalam jemaah. Itu semuanya terpulang keapda individu itu sendiri. Manalah tau si fulan ni solat jemaah Subuh kat rumah die tapi solat jemaah Maghrib dekat masjid. Jangan lah kite sesedap hati mengata orang sebab kita ni bukannya perfect sangat nak kate orang tak betul kan.

Oleh itu, perkara yang saya nyatakan ini sebenarnya untuk melatih diri ini untuk kita tidak menunjuk-nunjuk dalam waktu kita beribadah. Segalanya yang terbuku di dalam hati seseorang manusia dan keikhlasannya hanya diketahui oleh Allah Yang Maha Esa. Allah lagi Maha Mengetahui segala perbuatan hamba-Nya. Lakukanlah semata-mata untuk mendapat keredhaan dari-Nya. InsyaAllah kita haruslah sentiasa berdoa kepada Allah supaya kita tidak tergolong dalam golongan orang yang munafik.