Friday, September 11, 2009

Puasa Dulu Baru Raya



Setapak demi setapak aku menjejakkan kakiku yang lemah pulang ke asrama. Dengan badan yang lemah bercampur dengan fikiran yang bercelaru aku masih lagi tertanya-tanya apakah Ramadhan ini bagiku? Apakah Syawal bagiku? Aku rasa macam tiada apa-apa bagi dalam bulan Ramadhan al-Mubarak ini. Kalau tahun lepas aku dapat merasakan nikmat yang Allah beri.......Kenapa tahun ni macam tak ada apa-apa ek? Rasa-rasanye hati ini penuh dengan tompok-tompok hitam yang telah dipercikkan oleh hawa nafsu dan bisikan syaitan.....atau mungkin tahun lepas aku kan nak ambil exam.......jadinya ingatan aku kepada Yang Esa lebih bagus dari tahun yang sekarang ini.


Inilah umat akhir zaman, bila susah sahaja mereka ingat, taat, ikut perintah Allah. Kalau senang, nak sembahyang pun liat, apatah lagi nak baca Al-Quran......jauh panggang dari api........


Sebelum Bulan yang penuh barakah ini pergi meniggalkan kita, aku ingin buat satu coretan tentang apa yang berlaku.......


Seperti biasa Ustaz Azhar mesti menyampaikan sesuatu ilmu yang berguna buat pelajar 4 Alpha apabila timbulnya sesuatu isu semasa, terjadinya sesuatu perkara yang baik mahupun buruk ataupun masuk topik baru(kelas agama T.4) hihihi


Setelah mendengar tazkirah daripada ustaz baru sekarang ini aku dapat jawapan yang selama ini aku tertanya-tanya, apakah tujuan aku berpuasa di bulan Rmadhan dan beraya di bulan Syawal?


Sekarang ini aku ingin menggunakan prinsip puasa dulu baru raya........


Bukan sebab tajuk lagu ni tapi konsep pembersihan diri atau penyucian hati......


Selagi aku tak menghayati bulan ini , selagi aku tak berubah dari baik ke buruk dan selagi itulah aku tidak akan berseronok semasa pagi Aidilfitri nanti. Allah menawarkan banyak ganjaran kepada umat Islam dalam bulan ini supaya kita semua mengejar untuk membuat kebaikan dan bagi kita menhapuskan segala dosa yang telah kita buat....


Oleh itu, setelah puas kita menambahkan pahala kita barulah kita boleh raya.......


Dengan hati yang suci, bersih, terhindar daripada segala kekotoran barulah kita boleh bersuka ria........


Sebab itulah di pagi raya, kita bersalam-salaman antara satu sama lain(yang muhrim) dan juga bermaaf-maafan bagi melupakan kisah-kisah yang lalu.......


Aku harap tahun ini aku dapat kesedaran di mana prinsip ini perlu diamalkan dalam diri yang hina dina ini pada setiap tahun. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit........Usahalah ye...Juga kepada visitor blog ini, kita sebagai umat akhir zaman perlu sentiasa bersiap-sedia bagi menempuh segala cabaran yang Allah beri ini. Mungkin sekiranya kita lalai dan tidak sedar tentang apa yang berlaku mengenai Islam, kita akan terikut-ikut budaya Yahudi dan Nasrani yang merupakan laknatullah itu. Ayuh bangun semula, mulakan harimu dengan ingatan yang tulus ikhlas kerana Allah S.W.T. Jangan leka atau hanyut dengan duniawi. Kita ada masa lagi untuk membuat kebaikan dan bertaubat. Kejarlah segala-galanya dalam bulan yang mulia ini.




Baiklah apa yang buruk itu datang dari saya dan apa yang baik itu datang daripada Allah S.W.T. namun pada hakikatnya kedua-duanya datang dari Allah S.W.T. Renung-renungkan dan selamat beramal......Assalamualaikum.