Sunday, November 20, 2011

MUNAFIK KAH KITA?

BHGN 2

Ustazah kata Allah akan tempatkan orang yang munafik di dalam neraka yang paling dasar. MasyaAllah, SubhanAllah, Allahuakbar. Ya Allah, jauhilah hamba-Mu yang hina ini daripada seksaan neraka-Mu ya Rabbal Alamin.

Allah S.W.T. Maha Pengampun lagi Penyayang. Sekiranya kita sempat bertaubat InsyaAllah Dia akan memperhitungkannya. Untuk membersih dan mengelakkan diri ini daripada sifat munafik, marilah kita bertaubat sebelum terlambat. Taubat Nasuha. Jangan diulangi lagi perbuatan itu. Dan yang sering dinasihati para guru yang tinggi ilmunya, kita perlu bersolat jemaah selama 40 hari berturut-turut tanpa menjadi makmum masbuk. InsyaAllah titik munafik itu akan hilang di dalam hati seorang mukmin itu.

Rosaknya rohaniah seseorang itu adalah dengan wujudnya hasad, riak dan ujub di dalm hati mereka. Oleh itu, kita harus berusaha untuk tidak melahirkannya dalam hati kita yang suci ini sebagai umat Islam yang mukmin. WAllahualam.

MUNAFIK KAH KITA?

BHGN 1

Munafik bermaksud berpura-pura beriman kepada Allah S.W.T.. Dalam erti kata lain nifak. Nifak dalam bahasa Arab bermaksud melahirkan kebaikan tetapi menyembunyikan kejahatan. Mereka berpura-pura beriman kepada Allah S.W.T. dan pesuruh-Nya tetapi hakikatnya mereka tidak menerima ajaran Islam. Mereka beriman untuk mendapatkan sesuatu. Golongan ini sentiasa mencari jalan untuk menghancurkan dan memusnahkan umat Islam tanpa mengira pangkat, darjat , dan keturunan. Orang munafik amat mudah untuk dikenali melalui sifat-sifat mereka dalam kehidupan harian. Antaranya ialah :

~ apabila bercakap, dia berdusta

~ apabila diberi amanah dia khianati

~ apabila bertengkar, dia melampaui batas

~ apabila berjanji, dia mungkir

Namun begitu, kita fikir dan muhasabah balik tengok refleksi diri kita adakah kita mempunyai 4 ciri-ciri di atas yang kita selalu amalkan dalam hidup kita?

Terdetik di dalam hati rasa-rasanya aku ni tak tergolong dalam golongan itu kot. Sebab nya aku tak pernah tipu orang. Tapi dulu masa kecil ada la main tipu-tipu kawan. Tapi sekarang dah besar dah taubat. Setiap hari aku buat solat sunat taubat. Dah kira okay la tu kan. Kalau nak kata amanah aku sebagai hamba Allah , aku sembahyang 5 kali sehari tak pernah tinggal. Bak kata orang perfect lah. Belajar bersungguh-sungguh , ikut macam mak dan ayah aku suruh. Anak solehah la tu kan. Aku pun tak pernah la pulak berperang bagai nak rak. Aku selalu je menepati janji. Assignment hantar je. Punctual pulak tu.

Tapi, secara kasarnya memang la 4 ciri-ciri di atas merupakan amalan yang diamalkan oleh golongan munafik di dalam kehidupan harian mereka. Kita tengok balik waktu nak bangun solat Subuh kita yang pukul 5.45 pagi tu. Amboi bukan main liat. Jam loceng dah menjerit bagai nak pecah setengah jam pulak tu. Tak bangun-bangun. Kalau dah bangun tu tengok eh awal lagi la nak-nak cuaca sejuk tarik selimut sambung tidur balik. Aduhai. Saya la tu.

Orang munafik pada hari ini akan merasa solat Subuh tu merupakan perkara yang paling susah di dalam hidup mereka. Tapi kalau solat Maghrib bukan main punctual. Saf depan dalam solat berjemaah. Kalau kita perasan di masjid-masjid dan surau-surau, solat maghrib penuh jemaah sampai tak muat musolla. Tapi kalu solatt Subuh, nak penuh satu saf pun tak kesampaian. Jadi, kalau nak tengok orang yang betul-betul mukmin tu, dialah yang menyertai solat Subuh berjemaah di masjid,surau dan sebagainya. Yang solat Maghrib sahaja dia berjemaah tu waAllahualam. Tapi kat sini bukannya saya nak kate kite boleh tengok kemunafikan seseorang tu terletak pada penyertaan seseorang di dalam jemaah. Itu semuanya terpulang keapda individu itu sendiri. Manalah tau si fulan ni solat jemaah Subuh kat rumah die tapi solat jemaah Maghrib dekat masjid. Jangan lah kite sesedap hati mengata orang sebab kita ni bukannya perfect sangat nak kate orang tak betul kan.

Oleh itu, perkara yang saya nyatakan ini sebenarnya untuk melatih diri ini untuk kita tidak menunjuk-nunjuk dalam waktu kita beribadah. Segalanya yang terbuku di dalam hati seseorang manusia dan keikhlasannya hanya diketahui oleh Allah Yang Maha Esa. Allah lagi Maha Mengetahui segala perbuatan hamba-Nya. Lakukanlah semata-mata untuk mendapat keredhaan dari-Nya. InsyaAllah kita haruslah sentiasa berdoa kepada Allah supaya kita tidak tergolong dalam golongan orang yang munafik.

Tuesday, December 14, 2010


Asma al-Husna yg ke-38 ialah ''Al-Kabir'' yang bererti '' Tuhan yang Maha Besar''. Kebesaran Allah S.W.T. itu tidak dapat diukur oleh ilmu yang ada pada manusia yang terlalu sedikit dan dangkal itu.
Fadhilat @ Khasiatnya
  1. Sesiapa yang berwirid dengan ''Al-Kabir'' atau ''Ya Kabir'' sebanyak 232 kali selepas menunaikan solat fardhu, insyaAllah akan terbuka pintu ilmu dan makrifat bagi mereka. Sekiranya mereka orang yang menanggung hutang, insyaAllah dengan keberkatan wirid kalimah Asma Al-Husna itu Allah S.W.T. akan datangkan rasa upaya utk berusaha mengatasi beban hutang itu.
  2. Orang yang malang kerana kehilangan pangkat atau pekerjaan sangat digalakkan untuk beramal dengan Asma Al-Husna Ya Kabir ini. Sekiranya mereka berwirid dengan Asma Al-Husna itu sebanyak 1000 kali setiap hari selama 7 hari, insyaAllah pangkat dan pekerjaan mereka akan kembali dimilikinya dengan izin Allah S.W.T.
  3. Dengan membaca '' Ya Kabir''sebanyak 100 kali setiap hari insyaAllah mereka akan mendapat kemuliaan dari sisi Allah S.W.T.
  4. Para pelajar yang kan menghadapi peperiksaan dan mengharap kelulusan yang cemerlang dalam ujian, di mereka berusaha bersungguh-sungguh digalakkan supaya berwirid dengan ''Ya Kabir'' sebanyak 232 kali, insyaAllah mereka akan lulus dengan cemerlang. Yakinlah dengan amal itu serta berharap kepada Allah supaya diperkenankan hajatnya itu.

Inilah serba sedikit perkongsian yang dapat diamalkan bersama insyaAllah. Amalan inilah yang sering diamalkan oleh rakan seperjuangan OHANA selama kami bersama berjuang dalam peperangan SPM 2010. Berkat daripada usaha guru kami untuk mengamalkan zikir ini, kami bersemangat untuk mengamalkannya walaupun kepenatan menghalangi kami daripada perkara yang mulia ini.Moga-moga segala yang diamalkan dapat berterusan dengan istiqamah....

Wednesday, June 9, 2010

Teruskan Perjuangan Kita



Kembali ke alam ini. Sudah sekian lama ana tidak menconteng apa -apa di sini. Namun, hati seperti ingin meneruskan disebabkan keadaan dunia yang pada hari ini telah didedahkan dgn perilaku zionis Israel yang tidak berperikemanusiaan langsung. Sebagai umat Islam, tidak kiralah apa status yang kita duduki sekarang ini, perlulah sering berusaha untuk membantu saudara kita di sana. Dengan seuntai doa tulus dari hati dapat membantu mereka di sana.

Ingat! Doa itu senjata umat Islam. Kita bukan tentera Israel yang menggunakan senjata sebagai perisai nyawa, malah kita mempunyai semangat yang kuat lagi kental untuk melawan musuh. Allah sentiasa berada di sisi hambaNya yang bertaqwa. Oleh itu, tidak hairanlah kalau LAKNATULLAH yang sering menguasai bumi Palestin itu tidak mempunyai apa-apa kekuatan selain daripada pertolongan daripada kerajaan Amerika Syarikat dan senjata api yang pada bila-bila masa sahaja boleh dirampas oleh pihak lawan.....

Sunday, December 13, 2009

Niat Tidak Menghalalkan Cara


Assalamualaikum..........pada hari ini ana mengaku ana memang tidak aktif sangat dalam blogger ini. Sebab ana tak tahu nak cakap apa dalam menyebarkan dakwah melalui internet. Mula-mula ana rasa ana nak cakap tajuk ni tapi bila fikir2 balik ana rasa betul ke apa yang ana fikir ni. Disebabkan hal2 inilah ana jarang-jarang membuka topik-topik baru setiap hari. Ana tiada kebolehan untuk menyampaikan kepada orang lain, cuma sedikit maklumat sahaja yang ana boleh sampaikan.

Oleh itu, pada hari ini ana ingin menyampaikan sesuatu yang tiba2 sahaja terlintas di fikiran ana. Hal ini belaku semasa di waktu persekolahan. Tapi ana tak nak cerita perkara ini semula sebab nanti ada di antara rakan seperjuangan ana yang tersentuh hati. Biasa lah tu setiap manusia mesti melakukan kesilapan, dan ana mengaku juga yang ana telah banyak melakukan kesilapan juga. Bagi pandangan ini mungkin bukan 100% sesuai dengan peristiwa yang berlaku tapi ada sedikit2 yang boleh kita setuju melalui pandangan ini, InsyaAllah.

Apabila kita ingin melakukan sesuatu perkara kita mesti ada niat, samada niat itu baik ataupun tidak, itu terpulang pada tuan punya badan. Ingat sekiranya kita berniat untuk membuat perkara yang baik, kita akan dapat pahala untuk niat kita itu walaupun kita belum melakukan perkara tersebut. Lihatlah betapa kasihnya Allah S.W.T. kepada umatNya. Dia Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Allah S.W.T. ingin hambaNya sentiasa melakukan kebaikan walaubagaimanapun keadaan mereka sekali pun.Namun begitu, sekiranya kita berniat untuk melakukan perkara yang tidak baik, maka tiada pahala mahupun dosa yang akan tercatit oleh para malaikat yang berada di sisi kita pada hari ini. Oleh itu, fikirlah masak2 sebelum ingin membuat sesuatu perkara ataupun membuat satu kepetusan.

Berbalik kepada tajuk kita, nawaitu adalah sangat penting bagi kita untuk memulakan sesuatu. Sebagai tambahan, ana ingin mengingatkan diri ana juga kita mulakan lah tabiat yang baru di mana selain daripada memasang niat yang baik, kita mulakan lah segala apa yang kita lakukan dengan nama Allah, yakni bacalah basmalah. Tentu kita semua pernah dengar cerita seorang muslimah yang sering beriman kepada Allah S.W.T. ini. Rakan2 tahu mengapa saya berkata yang muslimah ini seorang yang beriman kepada Yang Esa? Kerana muslimah ini sentiasa memulakan segala pekerjannya dengan basmalah. Sehinggakan semasa ada satu barang yang terlepas dari tangannya pun, dia "melatah" dengan basmalah. Subhanallah, Maha Suci Allah. Muslimah ini memang bagus orangnya. Suaminya yang melihat telatah isterInya yang tercinta itu kagum melihat isterinya. Dia bersyukur kerana dia telah memperolehi isteri yang baik budi pekerti di samping sering beriman kepada Allah S.W.T.

Tidak mahu kah kita semua bercita-cita untuk menjadi seperti yang demikian? Renung2 kanlah. Perkara yang baik bermula dengan niat yang baik. Oleh itu kita mestilah laksanakan dengan cara yang baik. Sekiranya cara yang kita gunakan itu salah di sisi Allah, melanggar syariah Islam, dan melanggar undang2 mana pihak kalau boleh jauhkan lah niat kita tu. Batalkan sahaja niat kita untuk berbuat demikian sekiranya tiada cara lain yang boleh kita lakukan. Kerana dengan cara yang salah itu, ada kemungkinan Allah tidak akan terima perkara yang kita lakukan. Carilah ikhtiar yang lain kerana ada hikmah di sebalik apa yang kita cuba untuk fikirkan untuk berbuat baik kepada Allah.

Mungkin Allah akan tambahkan lagi pahala kita kerana kita cuba sedaya upaya untuk mencari jalan yang betul semta-mata untuk berbuat baik kepada Allah. Inilah yang dinamakan pengorbanan. Sebagai contoh, kita tidak mempunyai wang untuk membeli buku rujukan yang menjadi sumber kejayaan kita bagi peperiksaan yang akan datang. Kita kesuntukan masa. Jadi, kita curi sahaja wang dari kawan untuk membeli buku tersebut. Dari sini kita boleh lihat secara terang-terangan di mana sumber untuk kita mendapatkan buku tersebut adalah dari sumber yang haram. Boleh jadi, ilmu yang akan kita peroleh dari buku tersebut adalah ilmu yang tidak diberkati oleh Allah S.W.T.

Ana pasti yang setiap di antara kita semua pasti menginginkan ilmu yang sering diberkati oleh Allah. Jadi mengapa kita perlu pilih jalan itu sebagai cara untuk kita mendapatkan ilmu yang berguna? Carilah jaan yang lain. Di dunia ada dua sahaja jalan. Yang pertama jalan untuk menuju ke syurga dan yang kedua menuju ke neraka. Kita mempunyai akal yang dianugerah oleh Allah. Itulah nikmat yang paling besar yang dikurniakan oleh Allah kepada makhlukNya. Oleh itu, gunakanlah sebaik-baik mungkin kerana sekiranya tidak mungkin kita akan tersasar dari menuju ke Yang Satu.

Oleh itu, carilah jalan lain di mana kita boleh meminta izin dari kawan tersebut untuk pinjam duit untuk beli buku tersebut. Melalui jalan ini barulah ilmu yang dipelajari dapat diterima sepenuhnya, InsyaAllah. Ingat bukan hanya dalam keadaan sebegini sahaja kita gunakan slogan niat tidak menghalakan cara. Dalam apa jua keadaan sekalipun kita perlulah ingat di mana ada kemahuan di situ ada jalan yakni jalan yang benar dan diterima oleh Allah S.W.T.

Renung-renungkanlah apa yang ana cuba untuk sampaikan ini. Mungkin ada pihak yang tidak akan setuju dengan pendapat ana. Apa-apa pun semua yang baik datang dari Allah S.W.T. dan yang buruk datang dari diri ana sendiri. Namun pada hakikatnya kedua-duanya dari Allah S.W.T.

Assalamualaikum




Thursday, October 15, 2009

Penyakit-Penyakit Umat Dahulu & Sekarang

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya :

Aku mendengar RAsulullah S.A.W. bersabda, " Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu " Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat terdahulu itu? " Nabi S.A.W. menjawab, " Penyakit-penyakit itu ialah : 1. terlalu banyak berseronok 2. terlalu mewah 3. menghimpun harta sebanyak mungkin 4. tipu-menipu dalam merebbut harta benda dunia 5. saling memarahi sehingga menjadi zalim-menzalimi. "

Friday, September 11, 2009

Puasa Dulu Baru Raya



Setapak demi setapak aku menjejakkan kakiku yang lemah pulang ke asrama. Dengan badan yang lemah bercampur dengan fikiran yang bercelaru aku masih lagi tertanya-tanya apakah Ramadhan ini bagiku? Apakah Syawal bagiku? Aku rasa macam tiada apa-apa bagi dalam bulan Ramadhan al-Mubarak ini. Kalau tahun lepas aku dapat merasakan nikmat yang Allah beri.......Kenapa tahun ni macam tak ada apa-apa ek? Rasa-rasanye hati ini penuh dengan tompok-tompok hitam yang telah dipercikkan oleh hawa nafsu dan bisikan syaitan.....atau mungkin tahun lepas aku kan nak ambil exam.......jadinya ingatan aku kepada Yang Esa lebih bagus dari tahun yang sekarang ini.


Inilah umat akhir zaman, bila susah sahaja mereka ingat, taat, ikut perintah Allah. Kalau senang, nak sembahyang pun liat, apatah lagi nak baca Al-Quran......jauh panggang dari api........


Sebelum Bulan yang penuh barakah ini pergi meniggalkan kita, aku ingin buat satu coretan tentang apa yang berlaku.......


Seperti biasa Ustaz Azhar mesti menyampaikan sesuatu ilmu yang berguna buat pelajar 4 Alpha apabila timbulnya sesuatu isu semasa, terjadinya sesuatu perkara yang baik mahupun buruk ataupun masuk topik baru(kelas agama T.4) hihihi


Setelah mendengar tazkirah daripada ustaz baru sekarang ini aku dapat jawapan yang selama ini aku tertanya-tanya, apakah tujuan aku berpuasa di bulan Rmadhan dan beraya di bulan Syawal?


Sekarang ini aku ingin menggunakan prinsip puasa dulu baru raya........


Bukan sebab tajuk lagu ni tapi konsep pembersihan diri atau penyucian hati......


Selagi aku tak menghayati bulan ini , selagi aku tak berubah dari baik ke buruk dan selagi itulah aku tidak akan berseronok semasa pagi Aidilfitri nanti. Allah menawarkan banyak ganjaran kepada umat Islam dalam bulan ini supaya kita semua mengejar untuk membuat kebaikan dan bagi kita menhapuskan segala dosa yang telah kita buat....


Oleh itu, setelah puas kita menambahkan pahala kita barulah kita boleh raya.......


Dengan hati yang suci, bersih, terhindar daripada segala kekotoran barulah kita boleh bersuka ria........


Sebab itulah di pagi raya, kita bersalam-salaman antara satu sama lain(yang muhrim) dan juga bermaaf-maafan bagi melupakan kisah-kisah yang lalu.......


Aku harap tahun ini aku dapat kesedaran di mana prinsip ini perlu diamalkan dalam diri yang hina dina ini pada setiap tahun. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit........Usahalah ye...Juga kepada visitor blog ini, kita sebagai umat akhir zaman perlu sentiasa bersiap-sedia bagi menempuh segala cabaran yang Allah beri ini. Mungkin sekiranya kita lalai dan tidak sedar tentang apa yang berlaku mengenai Islam, kita akan terikut-ikut budaya Yahudi dan Nasrani yang merupakan laknatullah itu. Ayuh bangun semula, mulakan harimu dengan ingatan yang tulus ikhlas kerana Allah S.W.T. Jangan leka atau hanyut dengan duniawi. Kita ada masa lagi untuk membuat kebaikan dan bertaubat. Kejarlah segala-galanya dalam bulan yang mulia ini.




Baiklah apa yang buruk itu datang dari saya dan apa yang baik itu datang daripada Allah S.W.T. namun pada hakikatnya kedua-duanya datang dari Allah S.W.T. Renung-renungkan dan selamat beramal......Assalamualaikum.