Sunday, December 13, 2009

Niat Tidak Menghalalkan Cara


Assalamualaikum..........pada hari ini ana mengaku ana memang tidak aktif sangat dalam blogger ini. Sebab ana tak tahu nak cakap apa dalam menyebarkan dakwah melalui internet. Mula-mula ana rasa ana nak cakap tajuk ni tapi bila fikir2 balik ana rasa betul ke apa yang ana fikir ni. Disebabkan hal2 inilah ana jarang-jarang membuka topik-topik baru setiap hari. Ana tiada kebolehan untuk menyampaikan kepada orang lain, cuma sedikit maklumat sahaja yang ana boleh sampaikan.

Oleh itu, pada hari ini ana ingin menyampaikan sesuatu yang tiba2 sahaja terlintas di fikiran ana. Hal ini belaku semasa di waktu persekolahan. Tapi ana tak nak cerita perkara ini semula sebab nanti ada di antara rakan seperjuangan ana yang tersentuh hati. Biasa lah tu setiap manusia mesti melakukan kesilapan, dan ana mengaku juga yang ana telah banyak melakukan kesilapan juga. Bagi pandangan ini mungkin bukan 100% sesuai dengan peristiwa yang berlaku tapi ada sedikit2 yang boleh kita setuju melalui pandangan ini, InsyaAllah.

Apabila kita ingin melakukan sesuatu perkara kita mesti ada niat, samada niat itu baik ataupun tidak, itu terpulang pada tuan punya badan. Ingat sekiranya kita berniat untuk membuat perkara yang baik, kita akan dapat pahala untuk niat kita itu walaupun kita belum melakukan perkara tersebut. Lihatlah betapa kasihnya Allah S.W.T. kepada umatNya. Dia Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Allah S.W.T. ingin hambaNya sentiasa melakukan kebaikan walaubagaimanapun keadaan mereka sekali pun.Namun begitu, sekiranya kita berniat untuk melakukan perkara yang tidak baik, maka tiada pahala mahupun dosa yang akan tercatit oleh para malaikat yang berada di sisi kita pada hari ini. Oleh itu, fikirlah masak2 sebelum ingin membuat sesuatu perkara ataupun membuat satu kepetusan.

Berbalik kepada tajuk kita, nawaitu adalah sangat penting bagi kita untuk memulakan sesuatu. Sebagai tambahan, ana ingin mengingatkan diri ana juga kita mulakan lah tabiat yang baru di mana selain daripada memasang niat yang baik, kita mulakan lah segala apa yang kita lakukan dengan nama Allah, yakni bacalah basmalah. Tentu kita semua pernah dengar cerita seorang muslimah yang sering beriman kepada Allah S.W.T. ini. Rakan2 tahu mengapa saya berkata yang muslimah ini seorang yang beriman kepada Yang Esa? Kerana muslimah ini sentiasa memulakan segala pekerjannya dengan basmalah. Sehinggakan semasa ada satu barang yang terlepas dari tangannya pun, dia "melatah" dengan basmalah. Subhanallah, Maha Suci Allah. Muslimah ini memang bagus orangnya. Suaminya yang melihat telatah isterInya yang tercinta itu kagum melihat isterinya. Dia bersyukur kerana dia telah memperolehi isteri yang baik budi pekerti di samping sering beriman kepada Allah S.W.T.

Tidak mahu kah kita semua bercita-cita untuk menjadi seperti yang demikian? Renung2 kanlah. Perkara yang baik bermula dengan niat yang baik. Oleh itu kita mestilah laksanakan dengan cara yang baik. Sekiranya cara yang kita gunakan itu salah di sisi Allah, melanggar syariah Islam, dan melanggar undang2 mana pihak kalau boleh jauhkan lah niat kita tu. Batalkan sahaja niat kita untuk berbuat demikian sekiranya tiada cara lain yang boleh kita lakukan. Kerana dengan cara yang salah itu, ada kemungkinan Allah tidak akan terima perkara yang kita lakukan. Carilah ikhtiar yang lain kerana ada hikmah di sebalik apa yang kita cuba untuk fikirkan untuk berbuat baik kepada Allah.

Mungkin Allah akan tambahkan lagi pahala kita kerana kita cuba sedaya upaya untuk mencari jalan yang betul semta-mata untuk berbuat baik kepada Allah. Inilah yang dinamakan pengorbanan. Sebagai contoh, kita tidak mempunyai wang untuk membeli buku rujukan yang menjadi sumber kejayaan kita bagi peperiksaan yang akan datang. Kita kesuntukan masa. Jadi, kita curi sahaja wang dari kawan untuk membeli buku tersebut. Dari sini kita boleh lihat secara terang-terangan di mana sumber untuk kita mendapatkan buku tersebut adalah dari sumber yang haram. Boleh jadi, ilmu yang akan kita peroleh dari buku tersebut adalah ilmu yang tidak diberkati oleh Allah S.W.T.

Ana pasti yang setiap di antara kita semua pasti menginginkan ilmu yang sering diberkati oleh Allah. Jadi mengapa kita perlu pilih jalan itu sebagai cara untuk kita mendapatkan ilmu yang berguna? Carilah jaan yang lain. Di dunia ada dua sahaja jalan. Yang pertama jalan untuk menuju ke syurga dan yang kedua menuju ke neraka. Kita mempunyai akal yang dianugerah oleh Allah. Itulah nikmat yang paling besar yang dikurniakan oleh Allah kepada makhlukNya. Oleh itu, gunakanlah sebaik-baik mungkin kerana sekiranya tidak mungkin kita akan tersasar dari menuju ke Yang Satu.

Oleh itu, carilah jalan lain di mana kita boleh meminta izin dari kawan tersebut untuk pinjam duit untuk beli buku tersebut. Melalui jalan ini barulah ilmu yang dipelajari dapat diterima sepenuhnya, InsyaAllah. Ingat bukan hanya dalam keadaan sebegini sahaja kita gunakan slogan niat tidak menghalakan cara. Dalam apa jua keadaan sekalipun kita perlulah ingat di mana ada kemahuan di situ ada jalan yakni jalan yang benar dan diterima oleh Allah S.W.T.

Renung-renungkanlah apa yang ana cuba untuk sampaikan ini. Mungkin ada pihak yang tidak akan setuju dengan pendapat ana. Apa-apa pun semua yang baik datang dari Allah S.W.T. dan yang buruk datang dari diri ana sendiri. Namun pada hakikatnya kedua-duanya dari Allah S.W.T.

Assalamualaikum




No comments:

Post a Comment